Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain February 15, 2023 @ 10:20am

Mula Bertugas Sebagai Penyampai Radio, KJ Bakal Kupas Isu Semasa & Politik Cara Mudah Difahami

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meluahkan rasa bersyukur dapat memulakan tugasnya sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bagi segmen Bekpes Hot dengan lancar, hari ini.

Menurut Khairy atau lebih mesra disapa sebagai KJ, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencipta chemistry dengan Johan dan AG biarpun pertama kali mengendalikan segmen tersebut bersama.

“Chemistry dengan AG dan Johan ada tapi mungkin akan lebih lancar pada minggu akan datang. Kita masih mencari rentak dan chemistry yang terbaik.

“Pengalaman saya hari ini alhamdulillah memang bersahaja dan ada persefahaman yang baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Selain itu, KJ juga memaklumkan beliau hanya akan ke udara untuk segmen tersebut setiap hari Isnin sahaja kerana tuntutan kerja lain.

“Saya tak datang buat setiap hari. Seminggu sekali pada hari Isnin, di mana saya akan bagi kupasan mengenai isu semasa termasuk politik dalam minggu tersebut.

“Breakfast show kita nak jadikan sebagai satu show yang menyampaikan maklumat yang berfaedah,” jelasnya.

Dalam pada itu, KJ juga menyatakan dirinya banyak mendengar radio sebagai persiapan awal sebelum bergelar seorang DJ.

Malah, ahli politik itu juga menyatakan dirinya sentiasa terbuka dengan sebarang maklum balas pendengar untuk perbaiki kekurangannya sewaktu menjadi penyampai radio.

“Persiapan saya nak jadi penyampai radio dengan mantapkan suara. Saya banyak dengar radio saja.

“Tak ada perbezaan sangat sebab orang politik pun bercakap. Jadi sekarang ini, saya tengah mencari pengalaman menjadi ahli politik untuk membawa isu-isu yang agak berat tapi dengan cara lebih muda difahami.

“Saya terbuka dan sudah terbiasa dengan ujian dan kecaman. Sudah pasti, sebagai penyampai radio akan ada cakap saya bagus dan sebaliknya. Dari masa ke semasa, saya akan perbaiki,” katanya.

Malah, beliau juga menyatakan dirinya sudah bersedia dengan lawak Johan memandangkan mereka sudah lama mengenali.

“Saya dan Johan sudah lama mengenali sebelum dia memasuki Hot FM lagi. Saya dah biasa dengan rentak lawak dia.”

Terdahulu, KJ mengesahkan bakal menyertai Hot FM dalam temubual panggilan telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal, pada 9 Februari lalu

Tawaran Hot FM kepada KJ dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, antara jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Media Prima Audio (MPA) berkata, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’, kehadiran KJ bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna lebih menarik untuk segmen terbabit.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.audio dan dengarkan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, AG dan KJ, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

 

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Feb 2024
Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Memang Kelakar! 29 Pelakon Hebat Bergabung Dalam Filem Libang Libu, Janji Hiburan Santai Penuh Makna

Menampilkan 29 orang pelakon berpengalaman dan pemenang anugerah, filem Libang Libu hadir dengan pendekatan santai,

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Hiburan Fri, 25 Apr 2025

“Aku Hilang Segalanya” — Elizad Sharifuddin Luah Hati Rasa Tersisih… Ujian Belum Ada Zuriat

Elizad Sharifuddin akui dirinya seakan tersisih daripada kelompok kawan-kawan yang sudah berkeluarga

Contest Wed, 8 May 2019

Your Selfie Could Just Win You RM100,000!

Seriously, you just need to snap away!

Hiburan Mon, 28 Oct 2024
Featured Wed, 6 May 2020

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Pemantauan elak penularan baharu

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

‘ Jodoh Itu Rahsia Allah’- Azhan Rani Tak Tertekan Belum Bertemu Calon Sesuai

Seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan

error: Content is protected !!