Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 22, 2022 @ 11:18am

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan hubungannya dan bekas isteri, Datin Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik walaupun sudah berpisah sejak Ramadan lalu.

Memetik laporan Gempak, Afdlin masih menganggap bekas isteri sebagai seorang sahabat memandangkan mereka banyak menghabiskan masa sebagai rakan sekerja, terutama dalam bidang penulisan skrip.

“Jujurnya, bekas isteri saya itu adalah sahabat saya untuk selamanya. Selepas lama bekerja berdua, saya juga anggap dia sebagai rakan dalam bidang penulisan, sebab dia sangat bagus menulis.

“Jika ditanya, adakah kami masih berbaik antara satu dengan lain, jawapannya ya. Kami memang boleh bekerja berdua namun bukan lagi secara peribadi,” katanya.

Pada masa sama, Afdlin memberitahu dengan lebih terperinci punca dia dan isteri membuat keputusan untuk tidak lagi bergelar suami isteri.

“Sewaktu pandemik melanda dunia, saya banyak bekerja luar. Keluarga pula takut dengan virus dan situasi pada waktu itu. Jadi, saya banyak kali tidak balik rumah. Bimbang jika saya terbawa virus tersebut di kediaman.

“Sungguhpun begitu, kami tetap berhubungan antara satu dengan lain seperti berbual dengan menggunakan telefon atau video call. Mungkin itu antara sebab hubungan kekeluargaan kami terganggu,” ujarnya.

Menurutnya, anak-anak, Mia Sarah, Anais dan Ileana Matin juga memahami dengan keputusan yang diambil kedua ibu bapanya.

“Kami duduk berborak dengan anak-anak ketika bulan Ramadan dan kami terangkan pada mereka agar mereka faham. Menurut anak-anak, jika kami bahagia, mereka okey dengan keputusan yang diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Afdlin tidak pernah terfikir untuk kembali semula dengan bekas isteri namun tidak pernah tutup pintu hatinya.

“Saya tidak pernah tutup pintu hati saya sekiranya ada rezeki. Cuma pada ketika ini, kami tidak pernah berbicara soal untuk kembali bersama.

“Ketika di mahkamah, kami mohon maaf antara satu sama lain dan berpelukan buat kali terakhir sebelum saya lafaz talak.

“Menitik juga air mata saya ketika itu. Tetapi, apa yang saya rasa itu perkara yang kami mahukan dan betul untuk dilakukan,” katanya lagi.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna Jebat Kini Tauke Jeans

Sudah tiga tahun menyanyi di sana, banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Kalau ada undangan di Kuala Lumpur, sekali sekala saya akan ke sini.

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

“Bila Ibu Meninggal Dunia, Saya Rasa Tak Ada Tujuan Hidup” – Scha Alyahya Titip Nasihat Hargai Ibu Bapa Selagi Ada

Scha Alyahya mendedahkan kehilangan ibu memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Percintaan Selama 7 Tahun Musnah, Risteena Munim Curang?

Semoga hubungan kali ini berakhir ke jinjang pelamin!

LIFESTYLE Tue, 18 Dec 2018

Here are 6 Soon-to-Be Travel Hot Spots for 2019

It’s a mix of adventurous and relaxing getaways.

Fab Foodies! Mon, 19 Mar 2018

10 Tips Kurus Menjelang Hari Bahagia!

Kuncinya adalah konsisten, pasti impian korang untuk kurus tercapai! Apatah lagi sebagai pengantin baharu sudah tentu anda ingin kelihatan cantik dan menjadi tumpuan tetamu. Pastinya anda tidak mahu rasa rendah diri apabila tetamu memerhatikan penampilan anda seperti ‘tidak kena’ ataupun kurang.

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Satu Penghinaan Bila Dipanggil Retis? Ini Jawapan Win Adibah Noor

Teguran bukan untuk memalukan, tetapi untuk mendidik!

Contest Fri, 15 Feb 2019

xtra好康头 | 送你去看刘若英「跟我走」世界巡演–云顶站

xtra好康头 将送你刘若英「跟我走」世界巡演入门票,让你沉浸在一系列令人难忘的歌曲。

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Jurnal Minggu 1 : #daiTV3 Bawa Kelainan?

Jurnal #daiTV3 cipta kelainan. Nak tahu apakah agaknya kelainan yang akan dibawakan kepada bakal pendakwah kita? Sila baca artikel ini.

error: Content is protected !!