Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 23, 2019 @ 8:51pm

Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna Jebat Kini Tauke Jeans

” Saya selesa dikenali atas usaha sendiri bukan dengan menumpang populariti kakak,” kata adik kepada Ayda Jebat, Fina Jebat yang enggan dikenali atas tiket populariti kakaknya. 

Fina atau Nur Shafinaz Jebat ketika ditemui XTRA memberitahu lebih selesa membina nama dengan karya sendiri daripada menwar-warkan dirinya seorang adik selebriti terkenal.

” Saya percaya setiap orang memiliki kelebihan masing- masing. Ayda mungkin lebih dalam bahagian ini, saya mungkin lebih dalam bahagian lain. Rezeki masing-masing sudah ditetapkan,” kata Fyna ketika ditemui di majlis pelancaran produk Vitalica Supermodel Glow, petang tadi.

Tambah bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia 9 ini, dia juga selesa bekerja sebagai penyanyi tetap di Hard Rock Cafe Melaka.

” Minat dalam bidang nyanyian tidak pernah pudar dalam diri saya. Biarpun tidak dikenali sebagai penyanyi yang popular di kaca tv atau media massa, saya tetap menghiburkan pengunjung di kafe berkenaan. 

” Sudah tiga tahun menyanyi di sana, banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Kalau ada undangan di Kuala Lumpur, sekali sekala saya akan ke sini. Saya lebih selesa menetap dan bekerja di sana,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Fina juga kini mengusahakan perniagaan seluar jeans di Hang Tuah Mall, Melaka.

” Masih baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kedai yang diberi nama Fyna Jeans ini baru sahaja beroperasi selama sebulan menjual pakaian dan seluar jeans sahaja,” akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jun 2026
Featured Mon, 5 May 2025

“Dia Yang Failkan, Jadi Kita Ceraikanlah” –  Edika Yusof & Isteri Sah Cerai Talak Satu 

Edika bersetuju untuk melepaskan isterinya itu seperti yang diminta sebelum ini.

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

FAZURA RAHSIA LOKASI RESEPSI KHAS 11 MAC

Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai  wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Featured Tue, 28 Apr 2026

“Dengar Macam Kejam Kan? Saya Terpaksa” – Fatin Afeefa Hadkan Penggunaan Telefon Bimbit Pembantu Rumah

atin Afeefa mengakui mengehadkan penggunaan telefon bimbit iaitu seminggu sekali sahaja kepada pembantu rumahnya

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Saya Tumpang Kontroversi” – Siti Khadijah Halim Kena Tempias Gara-Gara…

Yelah kan nama pun nak sama dah tu yang netizen confius tu…

Hiburan Wed, 13 Nov 2019
error: Content is protected !!