Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 28, 2026 @ 11:17am

“Dengar Macam Kejam Kan? Saya Terpaksa” – Fatin Afeefa Hadkan Penggunaan Telefon Bimbit Pembantu Rumah

Pelakon Fatin Afeefa mengakui mengehadkan penggunaan telefon bimbit iaitu seminggu sekali sahaja kepada pembantu rumahnya bagi mengelak peristiwa hitam terjadi kepada anak ketiganya, Muhammad Jibril.

Katanya, dia tidak kisah sekiranya pembantu rumahnya itu mahu berehat sewaktu anak bongsunya sedang tidur asalkan tidak melanggar perjanjian tersebut.

“Anak saya buas. Jadi saya faham, jaga kanak-kanak sangat memenatkan. Saya pun penat sebab itu saya ambil dia bekerja. Mahu rehat, rehat saja. Janji dia jaga anak saya dengan elok.

“Anak pun sayang dengan dia. Yang penting, telefon bimbit seminggu sekali saja boleh guna,” katanya.

Fatin berkongsi perkara demikian bagi menjawab persoalan yang diajukan seorang individu di platform Threads berkaitan masalah pembantu rumahnya.

 

Enggan tindakannya disalah tafsir, pelakon filem Tentang Bulan itu mengakui dirinya terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana pernah mengalami situasi sama dimana pembantu rumahnya sebelum ini cuai dalam menjaga anak-anaknya.

“Ya, saya minta telefon bimbitnya setiap minggu dan dia bersetuju. Saya terpaksa sebab sebelum ini bekas pembantu menggunakan telefon tanpa had, kononnya kesian rindu kampung.

“Tetapi dia main telefon bimbit 24 jam. Anak saya jatuh tergolek pun dia tidak perasan. Apabila saya hadkan penggunaan pada waktu malam sahaja, dia bangun lewat walaupun saya bagi dia berehat dalam bilik tepat jam 9 malam,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Afeefa turut mendedahkan, bekas pembantu rumahnya pernah membawa masuk lelaki dipercayai teman lelaki wanita berkenaan sewaktu ketiadaannya di rumah.

“Dengar macam kejam, kan? Saya terpaksa. Pembantu rumah saya dulu saya berikan akses telefon 24/7, dengan alasan supaya mudah dihubungi sekiranya ada kecemasan keluarga.

“Tetapi sampai berani membawa masuk lelaki ke rumah saya. Bila telefon sentiasa di tangan, macam-macam rancangan dibuat dengan teman lelaki. Itulah ‘kecemasan’ yang dimaksudkan.

“Pembantu rumah saya yang baharu pula, keluarganya dan pihak agensi mempunyai nombor saya. Mereka akan berhubung terus dengan saya jika ada sebarang kecemasan. Setakat ini, Alhamdulillah pembantu rumah saya baik sahaja,” tambahnya.

Meskipun memberi kelonggaran untuk berehat, pelakon itu turut menetapkan bahawa pembantu rumahnya hanya boleh tidur di ruangan yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) agar mudah dipantau.

“Pembantu boleh tidur dan berehat di ruang tamu atau bilik anak sahaja. Pastikan ada CCTV. Jangan bagi pembantu rumah bawa anak tidur bilik dia,” ujarnya.

 

 

 

Sumber: Threads

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Wali Band Kembali Ke Malaysia, Mahu Tebus Kekecewaan Peminat Menerusi 2 Konsert Solo Di KL & KK

Wali Band bakal kembali menerusi dua konsert solo yang dijadualkan berlangsung di Sabah dan Kuala Lumpur tahun ini.

Hiburan Thu, 4 Jul 2024

JAIS Arahkan Ustaz Don Tidak Bersiaran Di Stesen Radio

Semoga semuanya dipermudah buat Ustaz Don

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Degup Atau Denyut Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Bersyukur Terima Respons Luar Jangkaan

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai penggunaan perkataan dalam lagu popular Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Sehinggakan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik berkenaan ditegur oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana […]

Trending Tue, 2 Jun 2020

Semua Taska Dibenarkan Beroperasi, Perlu Patuh SOP

Perhatian buat ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah taska..

Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Trending Fri, 18 Sep 2020
Trending Thu, 29 Mar 2018

Tinggalkan Dunia Perguruan, Wanita Ini Tampil Dengan Teknik Solekan Yang Luar Biasa

Menjadi jurusolek itulah yang dicita-citakan sejak dulu. Tidak menunggu masa yang lama Mimi Choi, 32, cepat membina populariti malah sangat terkenal dengan keupayaannya membuat solekan ilusi.
Bercakap mengenai kerja lamanya, bidang perguruan membataskan dirinya untuk menyerlah bakat yang sebenar.

Hiburan Tue, 21 Oct 2025

Lima Bulan Beroperasi, Zahnita Wilson Umum Tutup Kedai Pai & Bakeri

“Saya dah tak kuat untuk teruskan” – Zahnita Wilson tutup kedai pai selepas lima bulan beroperasi.

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ibu Sumber Inspirasi, Cef Sherson Buka Restoran Masakan India

Sejak kecik Sherson sudah terbiasa menikmati juadah bervariasi.

error: Content is protected !!