Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain November 29, 2023 @ 1:54pm

Aisyah Hijanah Kongsi Kondisi Kandungan Terkini, Sempat Mohon Netizen Beri Ruang & Tidak Perbesar Isu – “Bayi Dalam Keadaan Baik, Tetapi…”

Pempengaruh Aisyah Hijanah akhirnya tampil membuka mulut untuk mengulas isu rumah tangganya bersama Alif Teega yang kian hangat diperkatakan, sejak kebelakangan ini.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Aisyah menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Aisyah meminta orang ramai memberi ruang dan kerjasama untuk tidak perbesarkan kemelut yang berlaku di antaranya dan Alif lebih-lebih lagi ketika membuat sesi live.

Aisyah bagaimanapun menyatakan setakat ini segalanya dalam keadaan yang baik.

“Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku. First of all, Saya berterima kash buat semua yang ‘concern’ dan memberi kata-kata motivasi.

“Semoga dengan motivasi kalian, Allah memberikan kemudahan dan kebahagiaan buat kalian semua. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik.

“Tetapi, atas komitmen saya kepada syarikat saya, @hijanahofficial saya tetap perlu membuat ‘live’ seperti biasa. Saya mohon netizen untuk memberi ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi. Dikhuatiri situasi akan bertambah besar,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang Pertahankan Kaum Wanita, Sajat Sifatkan Aisyah Hijanah Isteri Yang Sempurna – “Kalau Kena Cerai, Ramai Yang Nak”

Sementara itu, Aisyah sempat memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan kandungannya yang dikatakan kini lebih kecil dari usianya.

“Doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara drpd sebarang kemudaratan. In Shaa Allah saya cuba sebaiknya menjaga dengan baik dan selamat.

“Alhamdulillah, semalam baru ‘detail scan’, dan bayi dalam keadaan yang baik, tetapi agak kecil daripada umurnya. Rakan-rakan psikologi juga ada yang memeriksa dan menjaga kesejahteraan mental saya.

“Akhir kata, terima kash atas motivasi dan kasih sayang semua. Saya sangat menghargai kalian, biarpun kita tidak kenal secara rapat, tetapi segala motivasi yang diberikan sangat berguna untuk saya di masa akan datang.

“Doakan semoga semuanya baik baik sahaja dan kita boleh teruskan hidup dengan lebih baik,” katanya.

Dalam perkongsian lain, Aisyah menyatakan terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca bayi dalam kandungannya lebih kecil dari usianya seperti badannya yang kecil, stress sepanjang isu dan kurang makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Akaun Palsu! Curi & Guna Gambar Orang Secara Rawak, Individu Dedah Ada Yang Buat ‘Fake Account’ Fatin Umaidah

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umairah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Dimadukan Ketika Hamil… Luah Rasa Simpati, Ini Ulasan Michael Ang – “Urgent Sangat Ke Kena Kahwin Segera!”

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Abang Tesla Ulas Isu Alif Teega, Sempat Titip Pesanan Pada Kaum Wanita – “Hati-Hatilah, Check Phone Pasangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang Selesa Nama Dikaitkan Dengan Alif Teega, Alif Satar Segan Pujian Datang Daripada Benda Negatif – “Saya Pun Tak Tahu Pengakhiran Macam Mana”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Dengan Isu Suami Kahwin Dua, Janna Nick Bagi Amaran Pada Dini – “Kalau Berani Curang, Ada Tel*r Datang Tunjuk!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Jun 2018

Isteri Dato’ Seri Aliff Syukri Selamat Melahirkan Anak Keempat. Tahniah H&H Ucapkan!

Shahida melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sentuhan Segar Menggamit Nostalgia, Melodi Memperkenalkan Muzik Video ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini

Lagu Raya Untukmu hadir dengan gabungan elemen moden dan klasik yang menjadikannya segar, namun masih mengekalkan jiwa perayaan yang penuh nostalgia.

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Terkilan Dipandang Rendah Sebagai Penganjur Konsert – “Baru Nak Bina Nama, Macam Saya Tak Layak”

Menurut Ariff, pengalaman pahit itu bukan sahaja memberi kesan kewangan, malah turut menguji keyakinannya untuk terus bergerak dalam bidang penganjuran konsert.

Hiburan Thu, 29 May 2025

Konsert JessC Pukau 5,000 Penonton, Penampilan Fauziah Latiff Ubati Rindu Peminat

Penampilan Fauziah Latiff di Konsert JessC My Style World Tour 2025 mengubati kerinduan peminat.

Featured Thu, 22 Jun 2023

Nikki Palikat Tampil Dengan Lagu ‘Panas’

Nikki Palikat buat comeback guys

error: Content is protected !!