Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 27, 2023 @ 10:54am

Terkesan Dengan Isu Suami Kahwin Dua, Janna Nick Bagi Amaran Pada Dini – “Kalau Berani Curang, Ada Tel*r Datang Tunjuk!”

Pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dirinya terkesan dengan isu suami curang dan berkahwin dua yang mula hangat diperkatakan sejak semalam.

Namun, Janna memilih untuk tidak mengulas perkara tersebut kerana enggan masuk campur urusan rumah tangga orang lain.

“Tadi masa balik Famili Duo okay lah. Lepas tu, masa dalam perjalanan balik tu saya tengok kat TikTok ada berita yang buat saya emosi. Sebagai isteri, saya rasa emosi.

“Tapi, after all it’s people’s life. Kita tak tahu apa yang berlaku. Saya taknak masuk campur dalam hal rumah tangga orang sebab kita tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

“Saya raasa semua perempuan akan terasalah dengan situasi ni bila ada perempuan lain yang kena tipu dengan suami, semua orang akan terasa.  Kalau sebelum kahwin tak kisah, tapi lepas kahwin macam memang terkesan,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Janna ketika memuat naik video bersama suaminya, Dini Schatzmann di TikTok.

Biarpun terkesan, Janna sempat memberi amaran kepada Dini

“Saya bagi tahu awak sekarang, andai kata suatu hari nanti awak dah tak ada perasaan dekat saya, awak tak suka saya dah, awak dah tak sayang saya dah, jangan curang belakang saya. Itu isu yang saya tak boleh terima.

“Kalau benda tu berlaku kat awak jangan curang di belakang saya. Have some balls and come face me. Kalau berani curang, beranilah ada telur datang tunjuk dan mengaku,” tegasnya.

Terdahulu, seorang pempengaruh Islamik, Alif Teega mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin buat kali kedua sejak 18 November lalu dalam sebuah hantaran di Instagram.

Pendedahan itu turut dikongsikan bersama isteri pertamanya, Aisyah Hijannah yang redha dengan takdirnya sekali gus mengundah rasa berang dalam kalangan warganet.

@jannanickofficialGET UNREADY WITH ME 🖤

♬ original sound – jannanick95

Dalam perkembangan lain, Janna merupakan salah seorang pengacara untuk program realiti TV3, Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan bersama Izzue Islam.

Kini, program nyanyian itu sudah pun hampir melabuhkan tirainya sekali gus melayakan tiga pasangan Duo seperti Haqiem Rusli & Ariff Bahran, Syaiful & Sharif serta Tom & Fuad Rahman ke pusingan Akhir, Ahad ini.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo setiap Ahad, jam 9 malam, di TV3 atau secara strim di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

A Pediatric And Neonatology Expert Confirmed Puteri Balqis Is Not Diagnosed With Cancer

Let’s us all pray for our talented star a pink of health.

Featured Mon, 2 Mar 2026

“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak boleh bertindak berdasarkan kemarahan terutama dalam menangani isu sensitif membabitkan penghinaan agama

Hiburan Thu, 3 Oct 2024
Featured Thu, 19 Dec 2024

“Takkan Saya Nak Main Sentimen Perkauman” – Ifa Raziah Mohon Maaf, Nafi Perlekeh Kaum Iban

‘Saya tak bermaksud apa-apa apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming etnik tertentu”- Ifa Raziah

Featured Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Fri, 21 Feb 2020

“Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

Pastinya ini dugaan yang terhebat buat keluarga Sinclair. Semoga terus tabah dan kuat!

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Fathia Dah Tak Sanggup Bawa Gelaran Selebriti?

Pelakon cantik ini mengaku terbeban membawa status selebriti, malah namanya itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri.

error: Content is protected !!