Euforia Bola 2026
Drama By: Padin May 28, 2026 @ 8:33am

Adi Putra & Zara Zya Uji Kesetiaan Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Drama bersiri Luka Di Hujung Setia bakal mengisi slot Akasia TV3 mulai 2 Jun depan dengan membawa kisah penuh emosi tentang pengorbanan, kesunyian dan keretakan rumah tangga yang hadir tanpa disedari.

Diterbitkan Country & Universal, drama 28 episod itu menggandingkan Datuk Adi Putra dan Zara Zya sebagai pasangan suami isteri selain turut dibintangi Irfan Zaini, Cahaya Nilam, Angella Joliey dan Puteri Khareeza.

Luka Di Hujung Setia mengisahkan Dhia lakonan Zara Zya yang sanggup meninggalkan kampung halaman demi membantu suaminya, Irsyad lakonan Adi Putra selepas lelaki itu kehilangan pekerjaan tetap dan berdepan masalah kewangan keluarga.

Demi memastikan kehidupan mereka terus bertahan, Dhia nekad berhijrah ke ibu kota walaupun terpaksa berjauhan daripada anak dan keluarga buat pertama kali.

Namun keputusan itu perlahan-lahan mula menguji hubungan mereka apabila Dhia semakin rapat dengan pengurus projeknya, Faris lakonan Irfan Zaini yang banyak membantu ketika dirinya berada dalam tekanan.

Tanpa disedari, hubungan yang pada awalnya sekadar persahabatan akhirnya menjadi titik keretakan rumah tangga Dhia dan Irsyad terutama apabila Faris sebenarnya sudah berkahwin dengan Nuha lakonan Angella Joliey.

Selepas perkahwinan mereka musnah, Irsyad terpaksa membesarkan anak perempuan mereka, Aira seorang diri di kampung sambil menanggung luka yang masih belum sembuh.

Dalam masa sama, kehadiran Zulin lakonan Cahaya Nilam yang banyak membantu menguruskan kehidupan Irsyad dan anaknya perlahan-lahan membuka ruang baharu buat lelaki itu meneruskan hidup.

Menurut Adi Putra, watak Irsyad memberi cabaran emosi yang cukup berat kerana karakternya lebih banyak memendam perasaan berbanding meluahkan kemarahan.

“Irsyad bukan seorang lelaki yang melawan dengan kemarahan. Dia memilih untuk bertahan, memendam dan cuba mempertahankan keluarganya walaupun dirinya sendiri terluka. Itu yang menjadikan watak ini berat,” katanya.

Sementara itu, Zara Zya mengakui watak Dhia antara karakter paling kompleks pernah dibawanya kerana penonton akan melihat bagaimana tekanan hidup mampu mengubah seseorang.

“Dhia bukan wanita jahat, tetapi dia membuat keputusan yang salah ketika emosinya rapuh. Saya rasa penonton akan rasa marah, kecewa dan mungkin juga simpati dengan perjalanan hidup dia,” katanya.

Luka Di Hujung Setia bakal bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3 bermula 2 Jun ini.

Penonton juga boleh menonton episod baharu lebih awal menerusi Tonton atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Trending Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jangan Salahkan Pendatang, Rakyat Malaysia Baiki Diri Dulu -Chef Wan

Baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua restoran dan kedai makan di negara ini untuk mengambil tukang masak tempatan di premis masing-masing bermula 1 Julai ini. Hal ini turut mendapat perhatian ramai termasuklah Chef terkenal […]

Trending Thu, 11 Dec 2025

Tur SAMA SAMA Hidupkan Idea Live Arena Dengan 2,500 Penonton

Pertunjukan muzik Tur SAMA SAMA yang menghimpunkan lima artis popular Indonesia Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf telah mencuri perhatian seramai 2,500 penonton di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025 […]

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Elfira Loy Tak Percaya Sudah Jadi Ibu!

Si cilik Elfira, secomel namanya!

Trending Tue, 14 May 2019

Amaran Buat Netizen! Jangan Mudah Percaya Produk Kosmetik Local, Nur Sajat Kini Didakwa

Buat sesetengah netizen yang obses dengan produk kosmetik tempatan, korang jangan ambil mudah mengenai perkara macam ni. Salah guna produk, merana seumur hidup. Hati- hati guys. 

error: Content is protected !!