Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 10, 2023 @ 2:40pm

Lufya Omar Bagi Amaran Nak Dedah Video Bekas Suami, Minta Julia Farhana Berhenti Guna Nama Anak… Beri Masa 24 Jam Buat Permohonan Maaf!

Pelakon Lufya Omar meluahkan rasa marah apabila isteri bekas suaminya iaitu pelakon Julia Farhana didakwa menggunakan nama anak perempuannya, Laana Haura demi mencari publisiti.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Lufya menggesa bekas suami, Dr Che Hafiz dan Julia supaya berhenti berlakon menjadi mangsa keadaan dan tutup mulut daripada bercakap tentang Haura yang tidak mendatangkan kebaikan.

“Tak habis-habis play victim, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai character suami isteri, sejoli, memang never ending. Tak boleh diam eh mulut tu suka publisiti guna nama Haura.

“Takde kebaikkan pun lepas drama ‘salam’ kat court temph hari untuk Haura? Saya jugak yang kena struggle cari duit untuk semua. Berapa sen ‘arwah’ kasi? Diam lah! See you in court 26 Julai ni,” katanya.

Difahamkan, kemarahan Lufya tersebut berhubung dengan tindakan Julia meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dibuat ke atas suaminya.

Dakwa Julia, Dr Che Hafiz merupakan seorang lelaki yang baik dan mendedahkan masih menyimpan baju anak perempuannya di dalam almari.

Susulan itu, Lufya menegaskan agar Julia membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam atau dia bakal berdepan tindakan undang-undang.

Sekiranya gagal berbuat demikian, Lufya tidak teragak-agak mendedahkan video sejarah hitam bekas suaminya itu.

“Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video ‘sejarah hitam’ suamimu. Fitnah kepala otak kau!

“Saya bukan malaikat nak sabar je dengan perangai korang berdua. Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf.

“Saya beri masa 24 jam untuk minta maaf sebelum saya keluarkan video dan surat saman,” ujarnya.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata namun pasangan tersebut bercerai pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun menduda, Dr Che Hafiz berkahwin dengan Julia pada 14 Disember tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 4 Jul 2018

Apa Jadi Dengan Sotong ‘Tukang Tilik’ Musim Piala Dunia?

Nampaknya, Rabiot mengikut jejak langkah sotong popular terdahulu, Paul The Octopus yang popular pada Piala Dunia 2010.

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Dari Jazz Ke Pop Balada, Noryn Aziz Tukar Selera?

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama saya berduet menerusi single dan saya sangat teruja menunggu penerimaan peminat di luar sana.

LIFESTYLE Sun, 16 Dec 2018

4 Khasiat Mandi Air Panas Yang Bagus Untuk Kesihatan

Mandi Air Panas Sama Manfaatnya Seperti Jalan Kaki 30 Minit

Featured Thu, 10 Aug 2023

Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

‘Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing’ – Shila Amzah

Hiburan Thu, 29 Aug 2024
Trending Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
error: Content is protected !!