Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 14, 2024 @ 4:33pm

Kongsi Video Mesra Mandi Kolam Dengan Isteri, Aqil Zulkiflee Ditegur Golongan Ibu – “Peminat Dia Ramai Budak Sekolah”

Pempengaruh, Aqil Zulkiflee ditegur golongan ibu selepas berkongsi video mesra bersama isteri sedang mandi di kolam renang.

Video tersebut memaparkan Aqil dan isterinya sedang berpelukan dan bermanja-manja di dalam kolam tersebut ketika sedang berbulan madu di Maldives.

“Mandi swimming pool dekat private villa di Maldives,” tulisnya di kapsyen.

Aqil Zulkiflee

Namun begitu, video yang dikongsikan oleh Aqil itu menerima kritikan ramai yang kurang senang dek kerana rata-rata pengikut video pempengaruh itu terdiri dalam kalangan kanak-kanak.

Aqil Zulkiflee

Aqil Zulkiflee
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 500,000 tontonan, 24,000 tanda suka dan lebih 500 komen.

Sehingga kini, masih tiada sebarang respons daripada pempengaruh yang mempunyai sebanyak lebih 2 juta ‘subscribers’ di YouTube.

Sekadar info, Aqil dan isterinya, Iliya berkahwin pada 20 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: Dakwa Difitnah Wanita Di Media Sosial, YouTuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Alahai sweetnya tengok Amelia layan Jebat Jayden, comelll je terbaiklah Mamu 🤪🤪

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Wed, 21 May 2025

Home of Ejen Ali! Kool 101 Jadi Hab Rasmi Ejen Ali The Movie 2

Kool 101 diumumkan sebagai Home of Ejen Ali yang menjadi hab rasmi bagi segala aktiviti promosi filem EATM2.

#SkoolXTRA Tue, 11 Apr 2023
error: Content is protected !!