Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 3, 2022 @ 3:01pm

Dakwa Difitnah Wanita Di Media Sosial, YouTuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta  

Pemenang trofi YouTuber Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Pengurus Krisis dan jurucakap Aqil, Saiful Ridzuan dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, notis tuntutan tersebut telah dihantar melalui serahan tangan dan pos berdaftar oleh firma guaman yang dilantik pada minggu ini.

“Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut bagi melindungi jenama peribadi, imej dan reputasi beliau,” kata Saiful Ridzuan.

Pada 24 Disember tahun lalu, seorang wanita yang dikenali dengan nama Siti Solehah Mohamed Ali yang menggunakan aplikasi Facebook dengan nama pengguna Auntie Soleha telah memuat naik, menulis dan menerbit satu penyiaran yang didakwa berbaur fitnah.

Melalui kenyataan-kenyataan yang dimuat naik, wanita tersebut telah menulis dan membuat dakwaan yang Aqil adalah seorang yang sombong dan berlagak, berpura-pura baik di dalam media sosial beliau, tidak beradab, penipu, tidak hormat kepada peminat dan orang tua, tidak suka kepada kanak-kanak dan merupakan seorang yang talam dua muka.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Aqil menegaskan yang komen-komen yang dilemparkan oleh individu tersebut kepada anak guam jelas menunjukkan yang ianya bersifat fitnah, palsu dan kesemuanya merujuk kepada anak guam beliau.

“Anak guam telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat berikutan komen-komen yang tidak benar yang telah menjatuhkan reputasi dan mencalar kredibiliti beliau,” kata Hafidzah.

Kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dimuat naik di akaun Facebook tersebut telah dikongsi sebanyak 110 kali dan menerima lebih dari 350 reaksi dari netizen termasuk sorotan skrin yang dikongsikan lebih dari 1,200 kali oleh seorang pengguna akaun di laman media sosial tersebut.

Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana mendakwa sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut telah menyebabkan beliau mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan kenyataan-kenyataan fitnah yang ditulis.

Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam masa tujuh hari dan pembayaran RM1 juta atau gantirugi yang setimpal dibayar kesan daripada tindakan menyebarkan sebaran fitnah tersebut, Aqil akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.

Kredit foto: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Trending Thu, 20 Aug 2020

Dr Noor Hisham Abdullah Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1442H

Tahniah diucapkan buat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Featured Tue, 6 Jun 2023
Drama Tue, 31 Jan 2023
Trending Fri, 22 Apr 2022
Featured Thu, 5 Aug 2021

Wujudkan 320,000 Peluang Kerja – Menteri Kewangan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini. Beliau berkata, majlis itu ditubuhkan dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan […]

Trending Tue, 28 Aug 2018

看过鳄鱼与长颈鹿的生活?会发现你的人生一点都不难

如果你觉得对生活很厌世的话,那你一定要看看这本日本插画家Keigo所绘制的新书!看完之后你觉得其实自己的人生还算好过……

error: Content is protected !!