Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 9, 2022 @ 8:12pm

“Bukan Pertandingan ‘Beauty Pageant’ Nak Lawa-Lawa Sangat” – Zul Ariffin

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia mempunyi pandangan tersendiri tentang isu rupa menjadi kepentingan berbanding bakat seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Menurut Zul, dia berkata inilah realitinya dalam dunia hiburan malah menganggap rupa dan bakat itu mempunyai peranan yang signifikan dalam menjayakan karier seorang pelakon.

“Argumen ini kalau kita bincang memang takkan pernah habis. Jangan jadi bitter (negatif). Kalau orang tak upah kita bekerja (berlakon), jangan bitter.

“Saya tak pernah merungut kalau orang tak ambil saya berlakon. Terima sahaja sebab rejection (penolakan) ada di mana-mana sahaja.

“Orang mungkin akan tolak kita hanya kerana kita tak cakap ‘hai’ dalam mana-mana majlis atau acara. Kita tak tahu tapi realitinya memang agak kasar. Tapi, adik-adik semua selamat datang ke showbiz (dunia hiburan),” katanya.

Pelakon filem Talbis Iblis itu juga turut berkata setiap pelakon itu hendaklah sentiasa menitik beratkan bakat yang ada dan sentiasa memperbaiki diri dalam lakonan.

“Kalau nak selamat, pisau itu biar tajam. Pisau itu asah selalu sebab bila pisau atau kapak itu tajam, seseorang itu tak perlu menunggu bertahun-tahun nak tebang pokok.

“Mungkin hanya perlukan beberapa jam sahaja. Kalau pisau tajam (bakat lakonan terus diasah), saya percaya benda-benda lain akan senang dibentuk.

“Bukan pertandingan beauty pageant (ratu cantik) nak lawa-lawa sangat. Sedap mata memandang sudah. Kalau produser mahukan penampilan seseorang pelakon diubah macam potong rambut pendek, potong sahajalah.

“Saya ingat lagi dulu berat badan saya pernah 100 kilogram tiada siapa nak ambil berlakon tapi saya telan sahaja realiti tersebut sebab saya faham kehendak showbiz,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Fab Foodies! Thu, 24 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Ikan Salmon antara hidangan terbaik memandangkan ia datang dengan sumber protein berkualiti tinggi. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding ikan lain, perlu tahu…ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 (baik untuk kesihatan kulit dan rambut)

Trending Thu, 22 Apr 2021

Scha Alyahya Akui Jarang Ada Masa Dengan Awal Ashaari?

Tapi love sangat couple ni! Dia punya stylo tu jangan cakap lah…♥

Hiburan Fri, 14 Jun 2019
Trending Fri, 1 May 2020

“Masjidil Haram & Masjid Nabawi Masih Ditutup” – Dr. Zulkifli

Terima kasih Datuk Dr. Zulkifli atas pengesahan tersebut.

error: Content is protected !!