Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 29, 2024 @ 1:16pm

Bekas Madu Miera Leyana Syukur Menang Kes Nusyuz, Bukti Bukan Isteri Derhaka – “Macam-Macam Usaha Kami Buat…” 

Bekas madu kepada pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 51, meluahkan rasa syukur apabila kes nusyuz yang difailkan bekas suami, Rosland Othman, 51, pada Disember 2021 berpihak kepadanya.

Keputusan itu disahkan apabila pihak mahkamah menolak tuntutan yang dibuat Rosland di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, Adibah menyifatkan keputusan tersebut dapat membersihkan namanya selepas berdepan kemelut rumah tangga ini.

“Tak tahu nak cakap apa, saya hanya syukur dan lega. Alhamdulillah semua ini membersihkan nama saya.

“Yang penting, tiada label nusyuz dan sekarang boleh meneruskan hidup. Macam-macam usaha kami buat dan syukur tuan hakim nampak,” katanya kepada BH Online.

Adibah diwakili peguam, Junid Ramali, manakala Rosland diwakili Nurul Balqis Nordin.

Turut hadir, saksi Adibah yang juga anak sulungnya, Nur Izzah Rosland, 27, serta saksi kepada Rosland yang juga ibu mentuanya, Aisah Abdullah, 62.

Terdahulu, Rosland memfailkan kes nusyuz terhadap Adibah ketika masih suami isteri atas faktor alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin keluar rumah pada 24 September 2021.

Nusyuz difailkan Rosland selaku plantif dan Adibah sebagai defendan itu dibicarakan di hadapan Hakim Abdul Fattah Kamarudin.

Dalam pada itu, peguam Adibah, Junid berkata pihak mahkamah menerima hujahan daripada pihaknya sekali gus membuktikan Adibah (defendan) bukanlah isteri yang derhaka seperti yang didakwa Rosland (plaintif).

“Alhamdulillah, keputusan memihak kepada Adibah, di mana dia dibebaskan tuduhan nusyuz apabila tuntutan plaintif ditolak oleh mahkamah.

“Jadi mahkamah menerima hujahan, di mana kami menyatakan bahawa plaintif tak bersungguh memperbaiki hubungan rumah tangga dan buat tuntutan nusyuz hanya untuk menganiaya pihak defendan ataupun nak menunjukkan hanya defendan bersalah dalam isu keruntuhan rumah tangga.

“Kami berjaya meyakinkan mahkamah bahawa defendan berusaha sedaya upaya memperbaiki rumah tangga, namun plaintif menceraikannya. Kami bersyukur mahkamah terima dan memutuskan defendan bukanlah isteri yang nusyuz.

“Apa yang diperjuangkan oleh Adibah selama ini tidak melakukan perkara derhaka dan nusyuz sepanjang perkahwinan seperti yang didakwa plaintif,” katanya.

Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan pelakon, Miera Leyana dan dikurniakan seorang cahaya mata, Rachel Aisyah yang kini berusia 4 tahun.

Sumber: Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN:  Anak Tiri Miera Leyana Dedah Nombor Telefon Masih Kena Block Dengan Bapa, Kereta Mini Cooper Juga Ditarik – “Saya Tak Terkejut Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Madu Miera Leyana Puas Hati Beri Kenyataan Kes Nusyuz, Luah Tak Pernah Ingkar Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Madu Miera Leyana Dedah Suami Tak Beri Duit Belanja Sejak September 2021 – “Tiba-Tiba Tanpa Sebarang Alasan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Kim Kardashian Kirim Hadiah Pada ‘Musuhnya’

Kim Kardashian mengirimkan semua ‘haters’ dan ‘likers’ nya sebuah botol parfum terbaharunya sebagai hadiah “Hari Valentine” iaitu Hari Kekasih.

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Dukun Muncul Sebagai Filem Terbaik Di ASK 2018

Walau ‘diperam’ sejak 2006, ternyata berbaloi juga akhirnya. Tahniah Dukun!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Alahai sweet je kan 🥰 Syukurlah Shikin dapat Cat Farish sebagai suami.. seorang yang bertanggungjawab

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Beliau Hebat Di Padang Bola Tapi Lebih Hebat Apabila Pelihara Solat – Mufti

Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.

error: Content is protected !!