Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 28, 2023 @ 6:03pm

Followers Kini Cecah Ratusan Ribu, Mierul Aiman Hargai Sokongan Peminat – “Buat Masa Sekarang Saya Tak Pernah Kena Kacau…”

Pelakon meningkat naik Mierul Aiman kini menjadi sebutan di bibir penonton dek kerana lakonan yang mantap dalam drama bersiri Projek: High Council.

Benar-benar menjadi ‘kegilaan ramai’, jumlah pengikut Instagram (IG) jejaka berusia 25 tahun ini turut menyaksikan peningkatan yang mendadak.

Menurut Mierul atau nama lengkapnya Muhammad Amirul Aiman Azman ini, pengikut di IG kini sudah mencecah lebih ratusan ribu sejak drama lakonannya ditayangkan.

“Dulu pengikut saya cuma tujuh ribu sahaja, tak sampai 10,000 pun.

“Alhamdulillah sekarang dah lebih 100,000 pengikut. ‘The love is there’, kasih sayang yang mereka beri itu ada dan saya sangat hargainya.

“Buat masa sekarang saya tak pernah kena ‘kacau’, apa yang saya boleh lihat sekarang adalah penghargaan daripada peminat, saya tak boleh gambarkan bagaimana sokongan yang saya terima.

“Saya berada di sini disebabkan mereka semua yang menyokong saya dengan ikhlas,” kongsinya teruja.

Disoal mengenai sosok wajahnya yang mempunyai rahang jantan sehingga menjadi bualan warganet, Mierul mengakui ia adalah keunikan yang terdapat pada dirinya.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir pun ini adalah salah satu keistimewaan dekat diri saya.

“Kemana-mana sahaja saya pergi, dalam sepuluh orang, lima daripadanya akan bercakap mengenai rahang jantan ini.

“Saya percaya, mungkin ini adalah salah satu keunikan buat diri saya dan saya hargai apa yang orang suka, yang paling penting bukanlah saya gunakan ia untuk kerja. Terima kasihlah kerana sukakan rahang saya,” ujarnya berseloroh.

Melihat kepada sambutan luar biasa peminat terhadap drama lakonannya, Mierul memaklumkan dia tidak menjangkakan karya tersebut akan meledak di kaca televisyen. Malah menghargai sokongan padu semua terhadap drama tersebut.

“Kami sebagai pelakon dalam drama ini ingin persembahkan yang terbaik dan alhamdulillah hit itu sangat besar.

“Kami tak menjangkakan itu, kami menjangkakan naskah ini mendapat tempat di hati penonton tetapi kami tak jangka gelombang ini jadi seperti ini.

“Kami hargai momen ini, hargai sokongan daripada peminat dan peminat karya-karya industri dan kami sebagai pelakon-pelakon baharu sangat dahagakan untuk berkarya lagi.

“Terima kasih kerana berikan kasih sayang dan penikmatian yang terbaik dan banyak lagi yang kami akan jelajahi untuk drama ini ” katanya ketika ditemu bual XTRA.

Mierul ditemui pada acara pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Aug 2024
Trending Fri, 30 Mar 2018

Idayu Megastar Tiru Suara Artis Popular Termasuk Mendiang Michael Jackson. Memang Sebijik!

Idayu mempunyai bakat meniru suara penyanyi popular seperti Allahyarham Sudirman, mendiang Michael Jackson, Mariah Carey, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Shakira, Amy Winehouse dan ramai lagi. 

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Takziah, Cucu Prof Dr. Muhaya Telah Kembali Ke Rahmatullah

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Trending Tue, 22 Jun 2021

Jalankan CSR, Dolla Peka Dengan Mereka Yang Terjejas Akibat Covid-19

Hanya dengan komen, anda dapat membantu. Itu gambaran kepada program khidmat masyarakat (CSR) membabitkan kumpulan popular, Dolla yang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) The Giving Bank (TGB). Projek yang dikenali sebagai Live to Give, […]

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Remy Ishak Dedah Pernah Alami Depresi

Bagi saya real man akan face the problem

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Coach Yin Accused Of Domestic Violence? Or Mere Marketing Strategy?

If this is true, it shouldn’t be looked upon so lightly!

error: Content is protected !!