Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 7, 2019 @ 2:00pm

Hamil Anak Kedua, Amyra Rosli Mengidam Makanan Pelik?

Bimbang terliur melihat makanan yang dikongsikan di sosial media, pelakon, Amyra Rosli mengelakkan diri daripada melayari aplikasi berkenaan terutama pada sebelah malam.

Pelakon berusia 28 tahun yang kini hamil lapan minggu itu berkongsi, dia baru saja menerima pesanan kek berkrim daripada Tawau, Sabah ketika ternampak manisan itu di Instagram beberapa hari lalu.

“Saya kalau boleh cuba mengelak daripada melihat gambar di Instagram kerana tidak mahu mengidam juadah atau makanan di aplikasi itu. Kadang kala tidak banyak yang dimakan, cuma teringin melihat gambar terutama pada tengah malam.

“Baru-baru ini, saya turut meminta Amar menyediakan bihun bersama sos. Walaupun aneh, namun dia cuba juga memenuhi permintaan saya itu. Pernah juga teringin makan mee segera yang tidak sesuai untuk ibu mengandung. Lepas rasa di tekak sudah mencukupi buat saya.

“Walaupun selera bertambah, namun tekak kembali payau selepas menjamah semua juadah. Tidak seteruk alahan ketika mengandung Anaqi dahulu, saya sering muntah pada sebelah malam,” katanya kepada Xtra.

Amar berkongsi perkhabaran gembira Amyra kini hamil anak kedua sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada Isnin lalu.

Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 4 Jun 2026

“Susah Hafal Skrip” – Bintangi Filem Pertama, Khairy Jamaluddin Banyak Belajar Dalam 5 Bomoh

Pengalaman pertama berlakon dalam filem membuka lembaran baharu buat KJ.

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Adik Sudah Popular, Apa Komen Fasha Sandha?

Apa agaknya syarat Fasha buat adik tersayang?

error: Content is protected !!