Euforia Bola 2026
Filem By: Padin June 4, 2026 @ 7:15pm

“Susah Hafal Skrip” – Bintangi Filem Pertama, Khairy Jamaluddin Banyak Belajar Dalam 5 Bomoh

Pengalaman pertama berlakon dalam filem membuka lembaran baharu buat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila tampil menerusi filem komedi satira 5 Bomoh yang mula ditayangkan hari ini.

Mengakui masih hijau dalam dunia lakonan, figura yang dikenali sebagai KJ berkata, peluang tersebut memberinya pengalaman berharga untuk memahami proses pembikinan filem yang jauh berbeza daripada penglibatannya sebelum ini dalam filem pendek dan iklan.

“Ini merupakan filem panjang pertama yang saya sertai. Sebelum ini saya hanya pernah muncul dalam beberapa iklan dan filem pendek, jadi pengalaman kali ini memang sangat berbeza.

“Banyak perkara baharu yang saya pelajari sepanjang proses penggambaran. Apabila tawaran diberikan, saya melihat watak yang ditawarkan bukan watak utama. Jadi saya rasa ia sesuai untuk seseorang yang masih baru dalam bidang ini.

“Kalau diberikan watak utama, saya rasa belum bersedia kerana tanggungjawabnya lebih besar. Untuk langkah pertama, watak Mr K ini cukup sesuai kerana personalitinya juga tidak terlalu jauh daripada diri saya sendiri,” katanya kepada XTRA.

KJ ketika ditemui pada majlis tayangan perdana 5 Bomoh, malam tadi.

Tambah penyampai Hot FM ini, antara cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang penggambaran adalah menghafal skrip dan memahami kesinambungan jalan cerita yang dirakam secara tidak mengikut urutan.

“Bagi saya, perkara yang paling mencabar ialah menghafal dialog. Selain itu, kita juga perlu memahami apa yang berlaku sebelum dan selepas sesuatu babak kerana penggambaran filem dibuat secara berasingan.

“Saya perlu membaca keseluruhan skrip dan menghayati perjalanan watak supaya apabila tiba giliran babak saya, semuanya terasa lebih semula jadi dan tidak janggal.

“Pendekatan ini berbeza dengan teater yang bergerak secara kronologi dari awal hingga akhir. Dalam filem, kita perlu sentiasa tahu kedudukan watak dalam setiap babak yang dirakam,” ujarnya.

KJ turut menjelaskan dia tidak melalui proses uji bakat untuk filem tersebut, sebaliknya hanya menghadiri sesi bacaan skrip bagi memastikan kesesuaian watak yang ditawarkan.

“Untuk percubaan pertama ini, watak yang saya bawa masih banyak dipengaruhi karakter diri sendiri. Jadi cabarannya tidaklah terlalu sukar kerana saya tidak perlu keluar jauh daripada personaliti asal,” katanya.

Berkongsi faktor yang mendorongnya menerima tawaran berlakon dalam 5 Bomoh, KJ berkata jalan cerita yang menarik serta mesej yang ingin disampaikan menjadi antara sebab utama.

“Saya melihat filem ini mempunyai mesej yang baik dan sesuai ditonton oleh seluruh keluarga. Walaupun menyentuh isu yang serius, penyampaiannya dibuat dalam bentuk santai dan komedi.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak penerbit dan pengarah kerana memberi peluang kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi filem ini,” katanya.

5 Bomoh mengisahkan Rashdan lakonan Datuk Aaron Aziz yang terlalu taksub dengan amalan tahyul demi memastikan anaknya, Nisa, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Bersama isterinya, Sakinah yang dilakonkan Scha Alyahya, mereka mengembara ke seluruh negara mencari bomoh selepas Nisa gagal memperoleh semua A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Namun, setiap bomoh yang ditemui hanyalah scammer yang mengambil kesempatan terhadap mereka.

Filem arahan Syed Fariz itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Ungku Hariz, Tiara Suraya Rose, Johan, Ozlynn Waty serta penampilan khas Khairy sebagai Mr K.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Jun 2018

超狂的双人酒杯要「动作同步才能喝」

独饮虽然很有情调,但有时候也会稍嫌无趣,跟朋友一起喝才HIGH!

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

Featured Fri, 5 Nov 2021

“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Selalu macam tu kan penyanyi nak jadi pelakon, pelakon nak jadi penyanyi….

Featured Wed, 16 Jul 2025

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Kahwin Sekufu, Syed Saddiq ‘Blushing’ Disoal Bakal Isteri Ada Keturunan Sharifah Atau Tidak?

UAI sekaligus menjelaskan mengenai konsep sekufu yang jarang diberi perhatian dalam bab perkahwinan.

Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

Hiburan Fri, 10 May 2024
Featured Wed, 7 Dec 2022

Suka Lihat ‘Sisterhood’ Rozyana Roslan & Kieda Amy, Netizen Doakan Persahabatan Mereka Berkekalan

Pasti ada yang mengenali pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan atau lebih dikenali sebagai Rozy yang sering memuat naik pelbagai video solekan sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, Rozy selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah […]

Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Remy Ishak, Izara Aishah Wajah Baru Hariz Dan Izzah Dalam Ombak Rindu The Series

Siapa ingat filem Ombak Rindu yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ansari, lakonan Aaron Aziz sebagai Hariz dan Maya Karin sebagai Izzah? Kini, novel trilogi ke-2 dan 3 Ombak Rindu kembali dalam bentuk drama bersiri […]

error: Content is protected !!