Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops April 3, 2019 @ 12:00pm

Belum cukup sebulan dibuka, bilik pameran IKEA Pulau Pinang tunggang-langgang akibat vandalisme!

Pembukaan IKEA di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac lalu menjadi perhatian ramai kerana ia adalah cawangan pertama yang dibuka di kawasan Utara Malaysia.

Malangnya, ada antara pengunjung yang datang  ke gedung yang menawarkan kelengkapan dan perabut rumah itu menganggap bilik pameran IKEA seolah-olah bilik tidur sebenar dan mereka boleh membuat sepah seperti bilik di rumah mereka sendiri. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku!

Bagi anda yang pernah mengunjungi cawangan IKEA di Cheras atau Damansara, pastinya anda dapat lihat betapa teraturnya susunan perabot di situ. 

Sepatutnya anda tidak boleh berbaring pun di atas katil yang dipamerkan. Meskipun ia adalah katil sebenar, tapi hanya untuk pameran dan bukan berbaring sesuka hati anda di atasnya.

Apa yang berlaku di IKEA Batu Kawan amat mengejutkan. Keadaannya sangat huru-hara.

Menerusi satu siri foto yang dimuat naik di laman Facebook, individu yang merakamkan foto berkenaan  memberi gambaran seperti tempat ini telah diserbu oleh penyamun!

Selimut dan kain cadar telah ditarik keluar, bantal dicampak di merata tempat.

Barangan IKEA yang tidak jadi dibeli dibiarkan sahaja di atas tilam, lantai atau diletakkan di atas perabot berdekatan.

Pengguna Facebook ini juga menunjukkan bagaimana sesetengah kaunter perabot diconteng dengan pensel percuma yang IKEA sediakan, manakala ada barangan lain, seperti cermin, dipecahkan!

Entahlah apa yang telah berlaku di sini, tetapi penulis berharap itu adalah coklat dan bukan najis!

Sedih betul melihat situasi ini. Wahai rakyat Malaysia, mengapa boleh jadi begini?

Ambil insiden ini sebagai peringatan. Meskipun itu bukan rumah anda sendiri, ia tidak bermakna anda boleh berbuat sesuka hati dan mengharapkan orang lain untuk mengemaskan ruang pameran itu.

Sumber: Says

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Dec 2019

Azhan Rani Dedah Taktik ”Scammer” Hingga Duit Habis Lesap

Artis pun terkena juga dengan scammer ya

Trending Tue, 19 Nov 2019

Kata Hamil Tapi Hakikatnya Ada Udang Disebaliknya

Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya

Trending Thu, 18 Feb 2021
Trending Thu, 19 Nov 2020
Featured Fri, 28 Nov 2025

“Another Daughter To Be Proud Of” – Ibu Amira Othman Luah Rasa Bangga, Kongsi Momen Manis Hari Konvokesyen Anak

Nora Arshad meluahkan rasa syukur serta berbangga di atas pencapaian anaknya

error: Content is protected !!