Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 25, 2022 @ 10:35am

Syafinaz Selamat Dedah Rahsia Kekal Jelita Diusia 49 Tahun – “Saya Selalu Pakai…”

Penyanyi dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat tampil mendedahkan rahsianya dalam mengekalkan kejelitaan wajah biarpun sudah berusia 49 tahun.

Seperti wanita lain, guru vokal ternama ini juga mempunyai rutin penjagaan wajah tersendiri yang sudah diamalkan sejak berusia 16 tahun lagi.

Menurut Syafinaz, dia bersyukur kerana mempunyai kulit yang sihat biarpun perlu berhabis banyak masa dan wang ringgit.

“Wajah saya original. Sebenarnya, sejak usia 16 tahun, saya sudah mula menjaga kulit. Jujurnya, saya sangat menjaga kulit muka dan badan kerana kulit saya jenis sensitif.

“Jadi, saya sebenarnya melabur dari segi masa dan wang untuk memastikan kulit kekal bersih dan sihat.

“Tetapi hendak kata bersih macam Fazura tidaklah. Tetapi untuk wanita seusia, saya bersyukur memiliki kulit sihat,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Syafinaz juga sempat berkongsi tips penjagaan mukanya.

“Saya selalu pakai ‘mask’. Saya tidak tipu apabila saya cakap ada lebih 10 jenis ‘mask’. Selagi ada ‘mask’, tidak kira mahal atau murah, saya beli dan pakai. Kadang-kadang, dalam sehari, saya pakai ‘mask’ dua kali.

“Saya juga pastikan setiap kali bangun tidur, minum dua gelas air kosong. Perkara ini saya amalkan dari dahulu,” jelasnya.

Selain berkongsi tentang penjagaan wajah, Syafinaz juga turut menjaga penampilannya dalam berfesyen demi mengikuti peredaran zaman.

“Sebenarnya, saya orang yang ‘simple’. Hari biasa, saya pakai seluar ‘jeans’ dan baju-T sahaja. Tetapi dari dahulu, saya suka fesyen. Sekarang, saya tampil berbeza sebab kadang-kadang kita bosan dengan perkara sama.

“Jadi, saya bermain dengan solekan dan pakaian. Tidak salah kita cuba sesuatu yang berbeza, namun saya tetap dengan diri saya. Tidaklah hendak berubah sangat, cuma sedikit moden dan muda,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2024
Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

Contest Thu, 23 Jan 2020

#XtraGiveaway: Win A Pair Of Ronan Keating Concert Tickets And A Romantic Dinner For Two This Valentine’s Day!

It is definitely the perfect night out for a romantic moment with your love one!

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

Trending Mon, 29 Oct 2018

Pesawat Lion Air JT170 Ditemui Terhempas Di Laut

Pesawat jenis JT-610 itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi dan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi waktu tempatan.

Featured Thu, 1 Aug 2024
Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Jom Saksikan K-Drama Vertikal Paling Ketagih Di ‘Tonton Vertical: K-Daebak’!

Platform penstriman Tonton terus memperluas penawaran kandungannya dengan memperkenalkan Tonton Vertical: K-Daebak!

error: Content is protected !!