Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 25, 2024 @ 5:07pm

Syamsul Yusof Diperintah Bayar Kos Kehadiran RM200 Kepada Ira Kazar

Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof diperintah untuk membayar kos kehadiran berjumlah RM200 kepada bekas isterinya.

Perkara tersebut diputuskan oleh Hakim Maizatul Aliza Chee Din pada prosiding yang berlangsung pada jam 3 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar selaku defendan, iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak menjelaskan pihaknya memohon kos kehadiran berjumlah RM3,000 atas alasan telah menyusahkan anak guamnya.

Bukan itu sahaja, Syamsul selaku plaintif turut dikatakan tidak berterus terang wujudnya lafaz taklik di luar mahkamah pada Jun lalu.

“Kes hari ini sudah selesai, hari ini kami hadir untuk tutup terus kes permohonan cerai yang difailkan oleh Syamsul. Kes yang difailkan Ira sudah selesai pada 5 September lalu dan hari ini pihak Syamsul mahu menarik balik permohonan dan memohon kos kehadiran.

“Mahkamah sudah meluluskan dan memerintahkan kos sebanyak RM200 diberikan. Cuma saya nak katakan di sini saya kesal lafaz cerai sudah berlaku pada Jun tapi tindakan diambil pada Ogos bukan merujuk pada pengesahan lafaz cerai tapi sebaliknya merujuk kepada permohonan cerai biasa.

“Sebab itu kami failkan di Kuala Selangor, sebab kalau Syamsul tidak failkan, Ira kena failkan. Berikutan itu ramai yang keliru. Jadi disebabkan itu hari pihak Syamsul menarik balik kes dan tutup terus,” katanya.

Sementara itu, peguam Azmi Mohd Aris, mewakili Syamsul mengatakan pihaknya tidak bersetuju dengan jumlah tersebut kerana menganggap proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu menjimatkan masa semua pihak.

“Sepatutnya hari ini pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) yang difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu.

“Pihak saya juga sudah memfailkan notis penarikan semula kes yang difailkan. Bagaimanapun Ira yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah.

“Bagi saya, apa penting sekarang ini adalah kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu.

“Jadi kami percaya sedikit sebanyak perkara itu sudah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak,” katanya.

Pada 5 September lalu, Ira dan Syamsul sah berpisah talak satu selepas wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.

Pengesahan lafaz cerai taklik itu disahkan oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.

Sekadar info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Oct 2018

IKEA庆祝75周年缔造更美好的日常家居

IKEA配合庆祝成立75周年纪念,推出了GRATULERA系列,把三个不同时期最受欢迎的产品重新介绍给大众。

Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkan🙄😥

Trending Wed, 14 Apr 2021

Ini Tanda-Tanda Amalan Puasa Anda Diterima

Semoga kita sentiasa istiqamah..

Trending Sun, 2 Sep 2018

33 Klinik 1Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat

Penutupan 33 klinik berkenaan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk

Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Hiburan Wed, 9 Apr 2025
Featured Fri, 19 Jan 2024
error: Content is protected !!