Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 9, 2025 @ 12:50pm

Muat Naik Video Ke Mahkamah Syariah, Isteri Azlan Komeng Akhirnya Fail Cerai? – “Kita Akan Kembali Jadi Orang Asing”

Isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz didakwa telah memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Menerusi sebuah perkongsian di platform TikTok, Nilam telah memuat naik video memaparkan dirinya beredar daripada perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Berpenampilan jubah dan memakai hijab serba hitam, Nilam berkata pemilihannya untuk bercerai demi menjaga hati yang telah hancur setelah heboh di media sosial berhubung hasrat Azlan yang mahu berkahwin dua.

“Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan kembali menjadi oranga sing dimana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya. Selepas ini tiada lagi takdir yang bernama ‘kita’,” tulisnya sayu di kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang juga penyokong Nilam menitipkan kata-kata semangat untuk usahawan ini agar terus kuat dan bersabar menempuh ujian rumah tangga.

@puan_nilamortiz

Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan kembali menjadi orang asing kembali di mana Hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’ @FOUNDER NILAM EMPIRE

♬ Perceraian Lara – Ipank

Terdahulu, Azlan menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak menghargai isteri, Nur Nilam Ortiz, selepas mengambil keputusan untuk berpoligami.

Dalam temu bual bersama Melodi TV3, Azlan, atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, menegaskan dia tetap menghormati dan menghargai setiap pengorbanan isterinya, terutama ketika dia melalui saat sukar akibat kemalangan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Tiada Harta – “Syarikat 100% Milik Saya”

Artikel Berkaitan: Bercerai Bukan Jalan Terbaik, Nur Nilam Masih Berharap Ada Belas Kasihan Dari Azlan Komeng – “Setiap Hari Doa ‘Penyondol’ Tak Ambil Suami Saya”

Artikel Berkaitan: “Keputusan Kahwin Dua Adalah Keputusan Bersama” – Azlan Komeng Mohon Netizen Jangan Jadi ‘Batu Api’, Henti Minta Isteri Tuntut Cerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Sep 2025
Featured Thu, 29 Jul 2021

Rayuan BPR Fasa Ke 2 : Tarikh Semakan Status Dan Jumlah Bayaran

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua pada Jun lalu, tarikh semakan bayaran boleh dilakukan bermula Ogos ini. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, golongan isi rumah B40 akan […]

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Isu Selamatkan Anjing, Izzue Islam Ada Alasan Sendiri

Tambah Izzue lagi, masyarakat haruslah lebih prihatin dan membantu haiwan jalanan terutamanya apabila berada dalam kesusahan. Kerana, beliau percaya masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan belas kasihan

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Siti Sarah Masuk Hospital Selepas Shuib Undur Diri Dari Sinar FM

Siti Sarah Raisuddin yang dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah rendah turut mencuri tumpuan para peminat pelawak popular tersebut.

Kisah Viral Mon, 18 Apr 2022
Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

Hiburan Wed, 16 Apr 2025

Netizen Minta Abby Abadi Buat Permohonan Maaf Kepada Umisya Mazlan? Ini Respons Empunya Badan

Abby Abadi persoal tindakan netizen, minta Aslam yang minta maaf kepadanya

error: Content is protected !!