Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 1, 2019 @ 2:44pm

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Pelakon Johan As’ari, tidak kisah seandainya tiada jodoh dengan teman wanitanya dikenali dengan nama Letty.

Johan ketika ditemui Xtra.com berkata hubungan mereka sangat profesional dan masing-masing menghormati impian yang ingin dicapai.

“Kami selalu berhubung melalui Whatsapp dan panggilan video. Dia faham kerjaya saya sebagai pelakon dan mahu saya mencapai impian saya.

“Begitu juga dengannya yang sibuk melengkapkan Doktor Falsafah di United Kingdom,” katanya.

Malah Letty sibuk membantu mengurus bisnes keluarganya mengendali butik hotel di beberapa buah negara.

Pelakon filem Juvana itu berkata setakat ini dia sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Letty menyambut Syawal lalu di Perlis.

Katanya, keluarga teman wanitanya sangat terbuka mengenai hubungan mereka setakat ini.

“Ibunya menyukai saya dan berharap ada ‘jodoh’ kami tapi dia juga faham kami berdua ada impian kerjaya yang mahu dikecapi,” kata Johan.

Hubungan jarak jauh antara Johan dengan gadis kacukan Malaysia-Amsterdam itu berputik sejak sembilan bulan lalu.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Jun 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Fri, 10 Jul 2020
Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Suara Makin Power, Fattah Amin Gembira Isterimewa Diterima Baik Pendengar

Fattah juga memaklumkan dia sudah lama mengikuti kelas dengan guru vokal terkemuka, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi.

Featured Fri, 4 Aug 2023

Ayda Jebat Dedah Punca Suami Alami Bengkak Mata & Sukar Bernafas

Teruknya bengkak! Get well soon Nabil!😲😲😲

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Featured Mon, 29 May 2023

Kongsi Quotes Berbaur ‘Kehilangan’ Cinta, Status Noor Nabila Cetus Tanda Tanya – “Life Is A Wild Ride…”

Huishhhh, deep betul ni! 🫠 Min harap mummy Jebat ni baik baik saja ❤️❤️

error: Content is protected !!