Euforia Bola 2026
Acara By: Atiqah Johari March 8, 2023 @ 7:32pm

“Jangan Berharap Dengan Lagu Orang” – Lebih 5 Dekad Berkarya, Ramli Sarip Beri Nasihat Penyanyi Baharu Untuk Kekal Relevan

Penyanyi legenda rock, Datuk Ramli Sarip, 71, berkongsi tips yang membuatkan dirinya masih relevan sehingga kini setelah lebih 50 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Kata Ramli, dirinya masih relevan sampai hari ini adalah dari segi penglibatannya yang berterusan dan karya-karya yang dihasilkan malah bersyukur masih diberi kudrat untuk menghasilkan dan mempersembahkan hasil seninya.

“Mungkin dari segi penglibatan saya berterusan. Lagu-lagu yang mempunyai pelbagai tema dan warna serta Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk melakukan persembahan. Itu (kesihatan) antara satu-satu yang saya sangat bersyukur dan berterima kasih,” luahnya.

Ditanya mengenai kebanjiran penyanyi baharu dan sebahagian mereka memilih untuk menyanyikan semula lagu lama, Ramli berpendapat ia bukan sesuatu yang baru dan beranggapan penyanyi baru belum mempunyai dasar yang kuat.

“Itu kerana mereka belum ada bahan yang betul. Belum mempunyai akar umbi yang kuat jadi apa yang mereka rasa selesa, apa yang ada di depan mereka, mereka akan ambil. Benda itu (nyanyi semula) berlaku bukan sahaja pada zaman sekarang, dalam 70-an pun banyak lagu saduran tapi di akhirnya kita kena cari diri kita,” katanya lagi.

Susulan itu, Ramli yang dikenali dengan gelaran Papa Rock ini menasihati kepada para penyanyi baharu untuk terus berusaha dan tidak terlalu berharap dengan karya orang lain.

“Terus buat lagu dan persembahan. Jangan terlalu mengharapkan lagu-lagu orang sangat kerana saya rasa ia tidak akan membina dinasti awak, kekuatan awak sebagai penyanyi,” nasihat Ramli.

Dalam perkembangan lain, Datuk Ramli Sarip bakal mengadakan konsert dengan bertemakan Syair Timur yang diangkat daripada albumnya yang berjudul Syair Timur yang diterbitkan pada tahun 1997.

Konsert ini diadakan bersempena meraikan 25 tahun penubuhan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 13 Mei 2023 setelah Ramli menjayakan konsert sebanyak empat kali di DFP.

Lebih menarik, konsert Syair Timur ini juga akan menampilkan penyanyi undangan Dato’ Khadijah Ibrahim dan diiringi oleh lapan pemuzik serta pengarah muzik, Rozario Rasul.

Harga tiket bermula RM198, RM258, RM298, RM338 dan RM550 (Meet & Greet).

Untuk makluman lanjut mengenai pembelian tiket Konsert Syair Timur boleh didapati menerusi laman web rasmi www.dfp.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

[VIDEO] Suntik Eleman Arab, Nafas Baru Lagu ‘Jika’ Versi Nuha Bahrin & Naufal Azrin Direstui Melly Goeslaw

Wowwww, hebatnya Nuha dengan Naufal nii 🤩🤩🤩 Penyanyi asal, Melly Goeslaw pun approved okay!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018
Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah […]

Hiburan Thu, 19 Sep 2024

DJ Sonic Sifatkan Fazura Seorang Isteri Menjaga Aib Rumah Tangga – “Dia Tak Pernah Burukkan Fattah Amin” 

Fazura seorang isteri yang baik kepada Fattah Amin, semoga perkahwinan mereka baik-baik saja

Featured Fri, 28 Mar 2025

Iman Fandi Rai Semangat Hari Raya Dengan Single ‘Hari Raya Raya Raya’

Penyanyi berbakat dari Singapura, Iman Fandi, menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran single Melayu pertamanya berjudul,  ‘Hari Raya Raya Raya’.

Trending Wed, 7 Aug 2019

Kenapa Datuk Bandar Diarah Pakai Pakaian Wanita?

Kenapa ya sampai begitu sekali ,mesti ada yang tak kena kan?

Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!

Jangan lepaskan peluang menikmati ganjaran berganda setiap bulan!

familuv Tue, 20 Nov 2018

5 Kelebihan Bermain Bersama Anak Yang Anda Tak Tahu Selama Ini!

Hargai anak anda kerana mereka tak akan kecil selama-lamanya!

error: Content is protected !!