Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 19, 2024 @ 2:44pm

DJ Sonic Sifatkan Fazura Seorang Isteri Menjaga Aib Rumah Tangga – “Dia Tak Pernah Burukkan Fattah Amin” 

“Fazura tidak pernah bercerita buruk tentang Fattah,” demikian respons penyampai radio dan pengacara terkenal, DJ Sonic yang berkongsi mengenai keperibadian pasangan selebriti itu sepanjang dia dan aktres tersebut bekerjasama.

Terkejut dengan tindakan Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah, DJ Sonic memaklumkan aktres jelita dan usahawan terkenal itu tidak pernah bercerita mengenai masalah rumah tangga yang dilaluinya atau memburukkan suaminya, Fattah.

“Fazura tak pernah bercerita tentang rumah tangganya dengan saya. Pada hari tersebut (Fazura fail cerai), saya pun terkejut.

“Beberapa hari sebelum kes mereka viral, dia tak bercerita dan sangat okay. Dia tidak meluah dan tak bercerita buruk tentang Fattah, sebaliknya berkongsi Fattah adalah lelaki yang baik sebagai seorang ayah,” katanya.

Bagaimanapun, DJ Sonic enggan mengulas lebih lanjut mengenai masalah rumah tangga mereka sehingga membawa ke fasa perceraian serta berharap agar perkahwinan mereka dapat diselamatkan.

“Fattah adalah sebaik-baik manusia, Fazura juga begitu cuma saya tak boleh sentuh tentang apa yang berlaku sekarang ini.

“Saya rapat dengan mereka serta keluarga pasangan selebriti ini sebab sepupu saya berkahwin dengan abang Fazura.

“Saya sebenarnya tak mahu masuk campur dalam hal perkahwinan mereka cuma berharap yang baik-baik serta segala urusan mereka dipermudahkan,” ujarnya lagi.

DJ SONIC

DJ Sonic berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengumuman Pra-Kemuncak ABPBH 36 di Courtyard By Marriot Kuala Lumpur South, semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkongsian di Instagram Story (IGs) yang menyifatkan Fazura seorang yang baik baru-baru ini, DJ Sonic berkata aktres filem Pisau Cukur itu hanya membalas emoji menangis kepadanya.

“Saya memang kena hentam dengan netizen sebab penulisan saya hanya berkaitan Fazura sedangkan saya tak sentuh hal rumah tangga merkea cuma cukup tentang keperibadian, itu sahaja. Cuma menjadi sesuatu yang kontroversi pula.

“Fazura hanya hantar emoji menangis kepada saya sebab dai tahu apa yang saya tulis adalah mengenai susah senang kami bersama dan dia pun tidak beri sebarnag komen mengenainya,” jelasnya.

DJ SONIC

Terdahulu, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Sementara itu, Fattah dalam satu kenyataan rasmi menegaskan dia tidak mempunyai wanita lain selain Fazura seperti yang tular sebelum ini.

Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkongsioan hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, empat tahun.

Artikel Berkaitan: Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Artikel Berkaitan: Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Artikel Berkaitan: Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

Artikel Berkaitan: Umie Aida Nasihat Netizen Perlu Sokong Fattah Amin & Nur Fazura – “Tak Perlu Ada Team A Atau Team B, Doakan Yang Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Balasan Itu Benar! ‘Qifarah’ Hantui Pawagam Dengan Cerita Dosa & Penyesalan

Filem Qifarah penuh elemen seram, saksikan di pawagam terdekat anda!

Events Tue, 23 Jul 2019

著名海南话原创艺人麦英726开唱!邀你共赴乡音之约

著名海南话原创艺人麦英7月26日开唱!邀你共赴乡音之约,免费听听亲切的乡音歌曲,欣赏优美的传统琼剧。

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Featured Sat, 10 May 2025

Ayda Jebat Kongsi Detik Seram Tidur Bersama Anak- “Nayla Bercakap Tapi Pandang 1 Sudut Random.. Kadang Atas, Kadang Tepi Kita”

Nayla juga pernah enggan masuk ke restoran, hotel, warung, atau pusat membeli-belah.

Trending Tue, 15 Feb 2022

5 Perkara Yang Peniaga Online Je Faham! Parcel Tiba-Tiba Tak Boleh Track Tu Paling Pening!

Menjadi peniaga online ini tak semudah yang anda sangkakan. Dengar memanglah mudah. Post gambar kemudian orang beli, bungkus dan pass parcel kepada kurier. Tu je. Tapi anda lupa, mana mungkin ada kerja yang tak ada […]

Featured Sun, 2 Apr 2023

“Dia Tak Jaga Pun Anak Tapi Nafkah Masih Beriya Minta Tinggi” – Sam Bunkface

Makin banyak pula kes rumah tangga dalam kalangan selebriti…

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Seronok betul kalau ada yang mendoakan kita, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah!

Hiburan Tue, 10 May 2022

“Selepas Lebih 100 Hari Di NICU, Anak Perempuan Kami Akhirnya Pulang Ke Rumah” – Anak Priyanka Chopra Lahir Pra-Matang

Selepas lebih 100 hari di NICU kerana lahir pra-matang, akhirnya anak Priyanka dan Nick pulang ke rumah.

error: Content is protected !!