Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 12:23pm

Iman Fandi Rai Semangat Hari Raya Dengan Single ‘Hari Raya Raya Raya’

Penyanyi berbakat dari Singapura, Iman Fandi, menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran single Melayu pertamanya berjudul,  ‘Hari Raya Raya Raya’.

Lagu yang penuh tenaga ini menggambarkan kemesraan, nostalgia, dan keunikan tradisi dalam menyambut Hari Raya.

Malah, ia bukan sekadar lagu perayaan, tetapi juga simbol kepulangan dan kebersamaan serta memperkukuh nilai kekeluargaan yang begitu dekat di hatinya.

Perjalanan Iman Fandi Dalam Muzik

Selain bergelar penyanyi, Iman Fandi juga dikenali sebagai seorang peragawati, pelakon, dan atlet. Selepas kejayaan album sulungnya That Girl, pelancaran lagu ini menandakan satu titik penting dalam perjalanan seninya, mencerminkan warisan dan budaya Melayu yang ingin diketengahkannya.

“Hari Raya bagi saya adalah tentang keluarga—berkumpul, menjamu selera, dan mengeratkan hubungan dengan orang tersayang yang mungkin jarang kita temui sepanjang tahun.

“Ia adalah masa untuk menghargai detik istimewa dan mencipta kenangan baru. Jadi, semua perasaan ini saya wujudkan dalam lagu ini,” katanya.

Keunikan ‘Hari Raya Raya Raya’

Menjadikan lagu ini lebih istimewa, proses rakamannya turut membabitkan ahli keluarga Iman.

Idea ini diambil untuk mencipta suasana hangat dan penuh gelak tawa di dalam studio.

“Momen ini memberi satu dimensi peribadi yang sangat bermakna. Ia bukan sekadar lagu, tetapi sebuah pengalaman yang mengeratkan hubungan kami sekeluarga,” tambahnya.

Dari segi muzik, ‘Hari Raya Raya Raya’ menggabungkan rentak ceria dengan lirik yang menyentuh hati sekaligus menggambarkan, keseronokan berbuka puasa bersama, persiapan baju sedondon untuk hari raya dan kegembiraan kanak-kanak menerima duit raya.

“Saya mahu lagu ini dinikmati oleh semua peringkat umur, sama ada mereka yang menyambut Hari Raya atau mereka yang ingin merasai kehangatan dan kemeriahan perayaan ini.”jelasnya.

Bagi Iman, lagu ‘Hari Raya Raya Raya’ adalah permulaan untuk lebih banyak projek yang mencerminkan identitinya dalam bidang muzik.

Dengan sentuhan muzik pop yang segar, Iman berharap untuk membawa muziknya lebih dekat dengan komuniti Melayu disamping mengekalkan elemen hiburan yang mampu menarik perhatian peminat dari pelbagai latar belakang.

Sekadar info, lagu ‘Hari Raya Raya Raya’ ini telahpun mula dilancarkan pada 28 Februari lalu dan boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

Dengan pelancaran single ini, Iman Fandi terus mengukuhkan namanya dalam industri muzik dan meraikan semangat Hari Raya dengan penuh gaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 May 2025

Konsert JessC Pukau 5,000 Penonton, Penampilan Fauziah Latiff Ubati Rindu Peminat

Penampilan Fauziah Latiff di Konsert JessC My Style World Tour 2025 mengubati kerinduan peminat.

Trending Tue, 14 Aug 2018

农历七月抓交替?溪边惊见裸男浮尸 救难队到场竟「复活」

农历七月鬼门开,坊间盛传溪边、海边都会有水鬼「抓交替」;近日就有一名男网友在网路上PO出一段影片,只见一名裸男面部朝下,趴在湍急的水流中央……

Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Featured Sat, 24 Aug 2024

Video Dapat Banyak Reaksi Netizen… Ada Beri Semangat, Ada Yang Cadangkan Zarina Zainuddin Ambil Ira Kazar Jadi Menantu?

Opsss! Tapi mesra betulkan siap cium pipi, peluk ketat-ketat. Bagus juga cadangan netizen tu!😍

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Sat, 20 Jan 2018

Bukan Soal Peluang Kedua, Saya Masih Sayangkan Dia

Disebabkan rasa sayang yang masih menebal, pasangan ini kembali bernikah dalam sebuah majlis tertutup di ibu kota

Featured Thu, 6 Oct 2022
error: Content is protected !!