Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida November 14, 2018 @ 10:45am

Jijiknya! Guru Dipenjara 10 Tahun Selepas Raba Kemaluan Pelajar

Perbuatan jiik seorang guru terbongkar apabila dihukum penjara 10 tahun dengan 18 sebatan apabila memegang, meraba dan mengoncang kemaluan muridnya.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim di  M Kunasundary ketika prosiding di Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

Guru berkenaan, Fadzil Sulaiman turut membuat pengakuan selepas itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kesembilan, guru disiplin itu mengaku mencabul kehormatan enam murid lelaki berusia 12 tahun di dalam makmal sekolah itu, di sini, antara Januari dan September 2017.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama serta Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pesalah dalam rayuannya memohon meringankan hukuman atas alasan telah insaf dan mempunyai isteri serta lima orang anak yang perlu ditanggung.

Dia yang akan bersara tidak lama lagi bakal hilang kelayakan wang pencen.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berkhidmat di sekolah itu sejak 1998 telah memanggil mangsa masuk ke dalam makmal dan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sesi persekolahan berlangsung.

Selain itu, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu sewaktu program kursus pengakap.

Kesemua mangsa mengadu kepada ibu bapa sebelum membuat laporan polis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 14 Feb 2024

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Haa, jangan main-main dengan Puteri Sarah🔥🔥🔥

Featured Wed, 26 Jun 2024

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ke 7 Diusia 65 Tahun

Wah, Tahniah Datuk dan isteri😍

Featured Wed, 29 May 2024
Featured Fri, 2 Aug 2024

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Rezeki Azfar dikelilingi orang-orang yang sekepala. Bukan sebab menumpang populariti okay!😎💅

Featured Tue, 16 Feb 2021
Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Malik Choo Temui Identiti Seni Terbaharu Menerusi Move On

Karya ini menandakan perkembangan besar dalam identiti seni Malik Choo yang kini tampil lebih matang.

Hiburan Fri, 23 May 2025
error: Content is protected !!