Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 4, 2024 @ 2:22pm

Dahlia Rizal Kongsi Rutin Taklim Dengan Suami Setiap Malam, Netizen Komen: “Lelaki Yang Tepat, Sama-Sama Ke Arah Kebaikan”

Pempengaruh jelita, Dahlia Rizal berkongsi rutin harian yang dilakukannya bersama suami, bekas penyampai radio Hot FM, Imran Aqil.

Menerusi perkongsian di TikTok, Dahlia yang juga seorang model itu berkata mereka suami isteri akan mengadakan sesi taklim pada setiap malam sebelum tidur.

“Rutin setiap malam kami hampir setiap hari sejak berkahwin. Taklim sebelum tidur,” tulisnya di kapsyen.

Video tersebut memaparkan Imran yang sedang membaca taklim daripada sebuah buku, mengulas topik tentang kebaikan menunaikan solat sunat.

@indomie.d

Our night routine almost everyday since we got married: taklim right before tidur🫶🏻

♬ original sound – 𝗦𝗜𝗔𝗠 /صيام

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memuji pasangan suami isteri ini yang saling berusaha untuk berubah bersama-sama ke arah yang lebih baik.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 300,000 tontonan, 50,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Sebelum ini, Dahlia dan Imran menerima kritikan netizen selepas mereka dilihat tidak memboikot barangan produk zionist sehingga tersenarai dalam #Blackout2024.

Artikel Berkaitan: Enggan Menipu, Dahlia Rizal Cuba Dulu… Lepas Puas Hati Baru Review – “Dulu Masa Muda, Saya Tak Fikir Panjang”

Artikel Berkaitan: Nama Terpalit Isu Blockout 2024, Dahlia Rizal Tampil Buka Mulut – “Maaf Seandainya Bertindak Kurang Sensitif…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 May 2022
Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Sajat Takut Jumpa Wartawan?

Nampaknya majlis pelancaran Nur Sajat Rated Xtra ni turut mendapat perhatian para media. Mungkin inilah sebabnya Sajat takut kerana, beliau bakal ‘diserang’ dengan soalan-soalan panas oleh wartawan tempatan kita

Hiburan Fri, 18 Jan 2019
Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Featured Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] “Bila Masa Dia Ada Kat Situ?” – Comelnya Gelagat Syeriv Tiru Syatilla Melvin!

Amboi matyip, bukan main lagi kat sebelah tu. Memang perangai Tilla la hang ni hahaha

Featured Tue, 25 Apr 2023
Trending Fri, 23 Apr 2021
error: Content is protected !!