Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 13, 2024 @ 3:33pm

Nama Terpalit Isu Blockout 2024, Dahlia Rizal Tampil Buka Mulut – “Maaf Seandainya Bertindak Kurang Sensitif…”

Pempengaruh terkenal Dahlia Rizal tampil membuka mulut menjelaskan mengenai penglibatannya dengan sebuah jenama kosmetik terkemuka yang dikatakan Pro-Israel.

Baru-baru ini, tular sesetengah pengguna media sosial menjalankan gerakan #Blockout2024 dengan memboikot selebriti yang mempromosi dan terlibat dengan mana-mana jenama yang menyokong Israel.

Malah, nama Dahlia turut tersenarai dalam gerakan tersebut dan mengakibatkan dirinya kehilangan ribuan pengikut di media sosial, sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

Enggan menimbulkan sebarang spekulasi, Dahlia menjelaskan penglibatannya dengan jenama terbabit termaktub sebelum berlakunya kekejaman terhadap warga Palestin.

“Saya aware dengan isu yang berbangkit di laman sosial baru-baru ini dan ingin memohon maaf atas segala kekeliruan dan kesilapan yang terjadi.

“Saya tidak ada sebarang kontrak dengan jenama kosmetik terbabit seperti yang didakwa. Penglibatan saya dengan jenama kosmetik tersebut telah dipersetujui sebelum bulan Oktober 2023 iaitu sebelum konflik di Gaza.

“Penglibatan saya hanyalah sebagai model atau talent bagi sesi fotografi mereka. Seperti yang diketahui umum, saya langsung tidak pernah membuat sebarang posting mengenai sesi fotografi berkenaan, apatah lagi mempromosikan jenama terbabit kerana penglibatan saya hanyalah sebagai model atau talent. Segala posting hanya dibuat oleh pihak jenama tersebut,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs).

Dahlia yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Imran Aqil itu turut memohon maaf atas khilafnya yang dianggap kurang sensitif terhadap isu yang berlaku.

Kata Dahlia, dia sentiasa menyokong rakyat Palestin yang teraniaya dengan kekejaman Zionis itu.

“Saya ingin memohon maaf juga seandainya bertindak kurang sensitif dalam membuat posting atau dalam membeli product dari negara luar.

“It was an honest mistake by myself. I will definitely do better in my field of work and always be more mindful with my postings. I genuinely do apologise.

“Saya sendiri menyusun jari memohon kemaafan jika sebarang isu yang berbangkit ini menyinggung mana-mana pihak. Insya-Allah, saya akan lebih peka di masa akan datang dan berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang.

“I will always support the right of the people of Palestine and shall continue to bring awareness about it to my loyal followers and to the people out there despite of this unfortunate event,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025

Peguam Dedah PU Azman Manfaat Masa Ajar Ilmu Agama Di Penjara

PU Azman juga sering meminta dibawakan buku agama baharu.

Featured Thu, 4 Mar 2021
Featured Tue, 26 Oct 2021
Trending Thu, 25 Oct 2018

Video Remaja 16 Tahun Viral Di Laman Sosial, Mangsa Nekad Lapor Polis

Difahamkan, kejadian yang berlaku di tandas sebuah pusat sukan di Mak Mandin, Butterworth.

Trending Thu, 5 Jul 2018

Pengebumian Adam Rayqal Mengundang Tangisan Ramai Orang

Lebih kurang 1000 orang yang hadir termasuk ahli keluarga yang terkesan dengan kejadian yang menimpa bayi lima bulan itu. Pengebumian jenazah Adam dibuat di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu

Events Mon, 1 May 2023

Janji Persembahan Bertenaga, Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini. Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat […]

Featured Thu, 2 Dec 2021

71 Pelajar & Dua Guru Sekolah Dilaporkan Positif COVID-19

Semoga pelajar & guru berada dalam keadaan stabil

Trending Thu, 5 Nov 2020
error: Content is protected !!