Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 21, 2024 @ 2:43pm

Saling Bertukar Idea Lagu Dengan Anggota CN Blue… Alvn, Kang Min-Hyuk Makin Akrab – “Dia Belajar Bahasa Inggeris Sejak Kami Jumpa”

Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong atau kini nama pentasnya ALVN berkongsi mengakui semakin akrab dengan selebriti terkenal Korea Selatan, Kang Min-Hyuk.

Ketika ditemui XTRA, Alvn menyifatkan selebriti yang merupakan anggota kumpulan CN Blur ini seorang yang sangat merendah diri.

“Sebelum acara bermula, kami berborak hampir 30 minit. Ketika itu penguasaan bahasa Inggerisnya masih belum lancar jadi tak dapat berbual banyak.

“Ketika itu kami dah saling tukar Instagram. Sejak itu kami rajin juga mesej dan berbual di platform itu,” katanya.

Jelas Alvn, persahabatannya bersama Min Hyuk bermula sejak mereka bertemu di sebuah acara fesyen di Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, Alvn berkata sejak pertemuan mereka di negara tersebut, Min Hyuk mengambil kelas bahasa Inggeris agar dapat berkomunikasi lebih lancar dengannya.

“Sejak jumpa di Jakarta, dia ambil kelas bahasa Inggeris. Saya maklumkan akan pergi ke Korea Selatan dan dia cadangkan agar kami bertemu lagi dan lepak.

“Bila saya ke sana bulan lalu, dia ambil saya dengan keretanya dan bawa saya ke sebuah restoran Jepun serta kafe yang menjual pencuci mulut dan bagel kesukaannya.

“Ketika itu dia sudah selesa untuk bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Alvn

Alvn berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai baru Illy Caffe di Hartamas, baru-baru ini.

Dalam pada itu, sebagai selebriti yang berada dalam bidang yang sama Alvn berkata dia dan Min-Hyuk saling bertukar pendapat mengenai muzik meskipun genre berbeza.

“Saya ada tanya mengenai ruang bekerjasama dengan CN Blue, namun mereka tiada perancangan untuk itu.

“Cuma saya dan Min-hyuk saling bertukar lagu saya yang belum diterbitkan. Kami saling minta pandangan dan pendapat masing-masing.

“Genre muzik kami sangat berbeza, lagu-lagu saya akan datang jenis mudah didengar semasa memandu. Sangat ringan,” tuturnya lagi.

@itsalvn__

I am glad and grateful that my work allowed me to make friends from all over the world 🫶🏻 #CNBLUE #kangminhyuk #Kanggun

♬ 외톨이야 – CNBLUE

Sebelum ini, perkongsian Alvn bersama Min-Hyuk menjadi perbualan ramai di media sosial selepas dia mereka dilihat sangat akrab dalam berkongsi foto dan video itu.

Artikel Berkaitan: Alvin Chong ‘Flex’ Satu Kereta Dengan Kang Min Hyuk, Netizen Berseloroh: “Macam Tu Je Dia Jadi Member”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jan 2024
Featured Mon, 10 Jan 2022

Omicron Petanda Covid-19 Bakal Berakhir Ramal Pakar

Varian terbaru Covid-19, Omicron mungkin menjadi petunjuk pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia selama lebih dua tahun akan berakhir dalam tahun ini kata seorang pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok, Thailand. The Nation Thailand melaporkan, […]

Hiburan Wed, 17 May 2023
Selebriti Thu, 11 May 2023
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
error: Content is protected !!