Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 16, 2022 @ 9:58am

Beri Bantuan Kepada Ezad Lazim, Yanzten & Ramai Lagi, Yayasan Metamorphosis Hulur Sumbangan Golongan Terjejas Banjir

Pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan individu dan perseorangan terus mencurah bakti dengan menghulurkan bantuan dalam usaha meringankan beban ditanggung mangsa banjir akibat bencana alam yang menimpa sekitar Selangor dan Pahang, baru-baru ini.

Ini termasuklah Yayasan Metamorphosis bersama pasukannya dalam menjalankan Misi Jiwa Prihatin bagi membantu mangsa banjir.

Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Aliff Zain berkata, dia dan pasukannya agak terlewat menghantar bantuan disebabkan menjalani tempoh kuarantin berikutan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.

“Habis sahaja tempoh kuarantin, saya terus mempersiapkan pasukan untuk turun padang bagi menghulurkan bantuan.

“Dari segi dana, Yayasan Metamorphosis tidak kutip mana-mana sumbangan, ini hasil pendapatan perniagaan yang disalurkan kepada yayasan ini.

“Kami melawat bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin di Banting, Selangor, kemudiannya ke rumah penyanyi Ezad Lazim di Kota Warisan, Sepang.

“Seterusnya, kami menjengah bekas pemain bola sepak negara, Azman Adnan dan isterinya, As Feminin; penyanyi otai, Yantzen dan pemain bass kumpulan Damasutra, Amran di sekitar Hulu Langat.

“Sepatutnya, kami singgah ke rumah pelawak, Ebby Yus di Hulu Langat, tetapi saya dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital.

“Misi Jiwa Prihatin ini turut menghulurkan bantuan kepada individu lain yang menjadi mangsa banjir, bukan hanya golongan selebriti,” katanya.

Aliff yang juga usahawan dari Pulau Pinang berkata, secara kasar, Yayasan Metamorphosis memperuntukkan antara RM500,000 hingga RM1 juta bagi Misi Jiwa Prihatin di seluruh Malaysia.

“Bukan hanya menyediakan sumbangan berbentuk wang ringgit, malah, pelbagai barangan elektrik seperti mesin basuh, peti ais dan katil. Ini termasuk juga keperluan asas seperti pinggang mangkuk, dapur dan sebagainya.

“Misi Jiwa Prihatin bermula ketika banjir besar di seluruh Malaysia pada 2014.

“Saya sendiri turun padang agak sedih dengan nasib menimpa mangsa banjir. Saya lihat mereka perlu memulakan kehidupan baharu, ada yang sehelai sepinggang, tak kira kaya atau miskin.

“Jadi, dari situ, kami meneruskan Misi Jiwa Prihatin tahun demi tahun. Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir bukan hanya kejadian tahun ini, tetapi juga pada masa akan datang,” katanya.

Aliff berkata, dia juga mengalu-alukan sukarelawan yang menyertai Yayasan Metamorphosis, mereka boleh menghubungi kami menerusi Facebook Yayasan Metamorphosis.

“Yayasan Metamorphosis bekerjasama dengan rider penghantar makanan. Bukan sahaja bangsa Melayu, malah Cina dan India turut berganding bahu membantu mangsa banjir,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Aug 2024
Featured Fri, 13 Feb 2026

Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

watak Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung semakin mencuri perhatian dan menjadi antara karakter paling hangat diperdebatkan penonton.

Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Featured Mon, 7 Jul 2025

“Hari-Hari Saya Akan Call Parents, Itu Dah Macam Ritual” – Alif Satar Anggap Kejayaan Dimiliki Berkat Doa Ibu Bapa & Isteri

Kunci disebalik kejayaan itu adalah meletakkan kemuliaan ibu, bapa dan isteri pada haknya.

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Nabila Razali Dedah Dihujani Kritikan Negatif, Akui Ingat Akaun Individu Komen Melampau – “Boleh Memaafkan, Tetapi Bukan Melupakan”

Nabila Razali akui perdebatan yang semakin tidak terkawal itu telah membuka ruang kepada netizen untuk kembali mengungkit kisah silamnya

Trending Wed, 21 Oct 2020
Featured Fri, 1 Nov 2024
Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

error: Content is protected !!