Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 26, 2026 @ 2:07pm

Nabila Razali Dedah Dihujani Kritikan Negatif, Akui Ingat Akaun Individu Komen Melampau – “Boleh Memaafkan, Tetapi Bukan Melupakan”

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akhirnya membuka mulut menjelaskan maksud sebenar ciapannya sebelum ini yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan tafsiran negatif dalam kalangan netizen.

Menurut Nabila, perkongsian berkenaan sama sekali tidak ditujukan kepada mana-mana individu tertentu, sebaliknya hanya pandangan peribadi yang dikongsikan secara umum sebagai pengguna media sosial.

“Saya tak berani nak ulas terlalu panjang. Setiap orang ada pandangan masing-masing dan itu hanyalah pendapat saya. Ia bukan ditujukan kepada sesiapa dan tidak membawa maksud tersirat.

“Cuma pandangan umum saya bahawa seseorang itu sepatutnya dinilai berdasarkan perkara yang sepatutnya, bukan cerita peribadi,” katanya.

Mengulas reaksi netizen, Nabila mengakui kenyataannya disalah tafsir kerana setiap individu menilai sesuatu isu daripada sudut pandang berbeza, sekali gus menyebabkan perbincangan di media sosial menjadi tidak terkawal.

“Saya sedar semua orang ada interpretasi sendiri. Sebab itu saya memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana apa sahaja yang saya cakap nanti mungkin akan disalah ertikan lagi. Saya lihat sendiri balasan di Threads sudah meleret ke arah lain.

“Ada juga yang cadangkan supaya saya padam hantaran itu. Tapi bagi saya, itu pandangan umum saya. Sama seperti saya menghormati pandangan orang lain, saya harap pandangan saya juga dihormati,” jelasnya.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Rico Rinaldi Summeraya 2026 yang berlangsung di Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu.

Tambah ibu anak satu ini, sebagai pengguna media sosial, dia juga mempunyai hak untuk bersuara, namun tidak menafikan risiko salah faham sentiasa wujud apabila sesuatu pandangan dikongsikan secara terbuka.

“Bila orang sudah mentafsir sesuatu dengan cara yang salah, kita tak boleh kawal. Walaupun kita cuba jelaskan, kalau mereka nak fikir ke arah itu, mereka tetap akan fikir begitu. Sebelum menulis hantaran tersebut, saya sudah berfikir masak-masak.

“Tapi kadang-kadang perkara itu tetap jadi di luar jangkaan. Mungkin ada yang anggap saya tujukan kepada seseorang, sedangkan tidak langsung. Saya tak mampu mengawal tanggapan orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nabila mengakui perdebatan yang semakin tidak terkawal itu telah membuka ruang kepada segelintir pihak untuk kembali mengungkit kisah silamnya.

“Apabila hujah sudah habis, perkara lama akan dibangkitkan semula. Saya tak marah. Semua orang tahu saya pernah melakukan kesilapan pada masa lalu. Saya boleh baca dan terima, cuma jangan ulang-ulang perkara lama. Kalau saya nak imbas kembali, saya boleh cari sendiri.

“Saya masih ingat akaun-akaun yang memberi komen melampau. Ada yang mungkin bawah umur, ada lelaki menyamar sebagai wanita, ada juga yang bercakap seolah-olah tiada batas.

“Saya sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya bahasa seperti itu. Saya boleh memaafkan, tetapi bukan melupakan.,” katanya.

Sebelum ini, Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali, 34, menjadi sebutan ramai selepas berkongsi pandangan mengatakan nyanyian seharusnya dinilai menerusi vokal dan suara penyanyi tersebut, bukan kisah peribadi yang dilaluinya.

Artikel Berkaitan: “Funny How Some People Judge Singing By Personal Life” – Nabila Razali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Mar 2026

Zul Ariffin Enggan Berlakon Cerita ‘Curang’ – “Cukuplah Tu, Saya Saje Je Try”

Demikian respons pelakon popular, Zul Ariffin apabila memberi bayangan tidak lagi mahu terlibat dalam naskhah bertemakan kecurangan selepas drama Bisik Asmara.

Trending Sun, 1 Apr 2018

忘记自己也是明星? 「浩克」追星纪录笑翻粉丝

饰演漫威超级英雄「浩克」的马克鲁法洛(Mark Ruffalo),在私底下其实也是个崇拜巨星的小粉丝!近日有网友整理出了他的「追星事迹」,引起许多网友的热烈讨论。

Trending Thu, 11 Jul 2019

Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape & Rokok Elektronik

Bakal bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, sisha dan juga rokok.

Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Featured Mon, 13 Feb 2023

Rangkul Gelaran Juara & Vokal Terbaik AJL 37, Aina Abdul Berbelanja RM90,000 Untuk Terus Hidup

Min masih tak boleh move on dengan persembahan mega Aina Abdul 🤩🥲

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Dia Tak Tahu Sebelah Dia Tu Bakal Suami’- Fahrin Ahmad Kongsi Gambar Lama Dengan Isteri

Semoga Fahrin Ahmad dan Elena sentiasa bahagia didunia dan diakhirat

Trending Wed, 24 Jun 2020

Sebak! Ibu Melutut Depan Pegawai Polis Selepas Selamatkan Nyawa Anaknya 3 Tahun Lalu

Cukup sayu. Tular sebuah video di laman sosial media mengenai seorang wanita yang melutut di hadapan anggota polis selepas terhutang budi kerana menyelamatkan nyawa anaknya.  Kejadian yang berlaku di China itu bermula apabila dua orang anggota […]

error: Content is protected !!