Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 5, 2025 @ 5:23pm

“Dia Yang Failkan, Jadi Kita Ceraikanlah” –  Edika Yusof & Isteri Sah Cerai Talak Satu 

Kes rumah tangga pelakon Edika Yusof dan isteri, Nor Hidayah Yusri akhirnya menemui titik noktah selepas pasangan terbabit sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Edika, dia bersetuju untuk melepaskan isterinya itu seperti yang diminta sebelum ini.

Edika atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, 58, melafazkan cerai di hadapan hakim syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.

“Saya setuju melepaskan plaintif (Nor Hidayah),” kata Edika ketika disoal oleh hakim pada awal perbicaraan, pagi tadi.

Hakim seterusnya bersetuju dengan prosiding hari ini dan membenarkan defendan iaitu Edika melafazkan cerai talak satu di bawah Seksyen 47.

Bagaimanapun, Hidayah ketika diminta untuk memberi ucapan terkahir kepada Edika berkata, dia mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukan aktor itu sebelum ini.

“Saya tak pernah menafikan semua kebaikan yang pernah dibuat dan keputusan saya atas hukum. Saya harap  dia faham,” jelasnya.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Edika sebelum prosiding bermula memohon doa yang terbaik untuk urusan kes perceraian mereka memandangkan tiada pasangan suami isteri yang inginkan perpisahan dalam rumah tangga mereka.

“Kita pun dah berusia. Saya pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya.

“Tapi, dia yang faikan cerai, jadi kita ceraikanlah,” ujarnya.

Terdahulu, pada 23 April, Edika menafikan dakwaan kononnya dia telah mengasari dan berlaku curang terhadap Hidayah sehingga menyebabkan perceraian antara mereka.

Sekaligus, tuduhan yang diberikan isterinya itu dalam permohonan cerai yang difailkan pada Februari lalu dianggap keterlaluan dan turut dirasakan sebagai satu bentuk penghinaan.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004.

Dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023
Trending Thu, 26 Apr 2018

网路疯传「电锅安全帽」网友笑:骑着骑着就饿了

有网友在脸书分享一张「电锅」的照片,从背面看起来与一般人家里厨房会出现的电锅大同小异,上面还插着饭匙,没想到照片角度一转,原来这是电锅造型的「安全帽」,拟真程度让网友大赞设计者太有才!

Trending Thu, 17 Sep 2020
Trending Tue, 28 Apr 2020
Featured Fri, 16 Jul 2021

Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat […]

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A Aida

Mahkamah perintah Amelia bayar ganti rugi nominal RM10,000!

Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Temu ajal sewaktu beratur untuk mengundi . Salam Takziah buat kami

error: Content is protected !!