Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Faida March 19, 2018 @ 5:11am

10 Tips Kurus Menjelang Hari Bahagia!

Kurang daripada dua bulan nak naik pelamin, badan bukan main membesar bagai johan! Apa jadi kalau baju kahwin tak muat disarung, malu bukan kepalang nanti…

Hah, masa inilah korang kena gigih amalkan macam-macam jenis diet. Tapi apa guna kalau diet tapi tak konsisten?

Kuncinya adalah konsisten, pasti impian korang untuk kurus tercapai! Apatah lagi sebagai pengantin baharu sudah tentu anda ingin kelihatan cantik dan menjadi tumpuan tetamu. Pastinya anda tidak mahu rasa rendah diri apabila tetamu memerhatikan penampilan anda seperti ‘tidak kena’ ataupun kurang.

Kami kongsi beberapa tips diet yang berkesan untuk korang amalkan menjelang hari bahagia korang. Waktu memang dah singkat tapi sekiranya konsisten, pasti boleh kurus!

1. Banyak minum air suam/kosong untuk membuang toksin badan dan mengurangkan kalori. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk tujuan detoks yang berkesan dan mudah.

2. Lakukan senaman berjalan kaki secara konsisten. Bersenam dengan berjalan kaki merupakan senaman paling mudah yang boleh anda lakukan setiap hari. Berjalan ke kantin pejabat, menaiki tangga atau membeli-belah dapat membakar kalori.

3. Hindari perut kosong sebelum anda keluar rumah ke tempat kerja atau sebagainya. Ini penting bagi memastikan anda tidak berasa terlalu lapar dan asyik memikirkan makanan apabila berada di luar rumah.

4. Ambil tahu kalori setiap juadah yang anda ingin makan setiap hari. Perhatikan kandungan dan senarai nutrisi dalam menu harian anda untuk memastikan anda tidak mengambil kalori secara berlebihan.

5. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kilogram ke satu kilogram dalam seminggu.

6. JANGAN ambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi tanpa mendapatkan nasihat atau kebenaran doktor yang selayaknya.

7. Bagi anda yang mahu menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

8. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori serta mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkan sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

9. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis dengan kandungan gula yang tinggi. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

10. Elak mengambil makanan ringan di antara waktu makan. Lebih elok gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan teh kurang manis. Lebih bagus, korang makan buah-buahan daripada coklat atau makanan-makanan yang manis. Selamat Mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Sep 2021
Featured Wed, 28 Aug 2024

“A Friend Is One Who Sees You Fault” – Khairul Aming Label Azfar Heri Kawan Susah Senang

Kawan susah senang susah nak jumpa tau laaa ni! Kalau ada jaga baik-baik okay!

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tya Ariffin Teruja Followers Cecah Sejuta, Cayalah!

Memang seronok tengok posting Tya setiap hari, penuh dengan positiviti!

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Anak Menteri Dikecam Kerana Little Miss Khan?

Teman lelakinya tidak bersalah namun turut menerima kecaman daripada netizen, kesian dia kan?

Hiburan Mon, 27 May 2024
Featured Mon, 4 Dec 2023
error: Content is protected !!