Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 25, 2025 @ 6:00pm

“Aku Hilang Segalanya” — Elizad Sharifuddin Luah Hati Rasa Tersisih… Ujian Belum Ada Zuriat

Pelakon terkenal, Elizad Sharifuddin meluahkan isi hatinya mengenai perjalanan hidup yang penuh ujian, terutama dalam isu zuriat dan hubungan sosial bersama rakan-rakan.

Menerusi temu bual podcast bersama sebuah radio, Elizad berkongsi bagaimana dia sering berasa terpinggir apabila melihat rakan-rakan sebaya sudah memiliki anak.

“Kalau pergi majlis kahwin kawan, saya mesti akan cakap dengan suami, ‘mesti dia akan mengandung dulu sebelum saya kan?’ dan perkara itu memang betul terjadi,” katanya jujur.

Lebih menyedihkan, Elizad mengakui dirinya seakan tersisih daripada kelompok kawan-kawan yang sudah berkeluarga, hingga membuatkan dia merasa kehilangan dari segi hubungan sosial.

“Saya sampai terkeluar daripada group dan kawan-kawan sekeliling yang dah ada anak. Bila dah umur macam ni saya berdoa, ‘Ya Allah, Kau tak bagi aku anak, Kau kurangkan aku berkawan, apa lagi yang Kau nak uji aku… aku hilang semuanya’,” katanya sambil menahan sebak.

Namun, di sebalik rasa kecewa dan kesedihan itu, kata-kata suaminya menjadi kekuatan buat dirinya untuk terus bertahan.

“Tapi saya fikir balik apa suami cakap, ‘B, awak hilang dekat dunia lebih baik daripada hilang rasa takut untuk berbuat baik. Awak tak yakin pada Allah nak teruskan kehidupan, meminta kepadaNya’,” ujar Elizad lagi.

Tambah Elizad, situasi ini sebenarnya turut membuka ruang untuknya menilai semula nilai persahabatan yang dimilikinya.

“Tapi bagus juga sebab bila kita kurang berkawan, kita dapat ambil mereka yang berkualiti sahaja,” jelasnya dengan nada positif.

Luahan tulus Elizad ini mengundang empati ramai peminat, yang turut mendoakan agar selebriti ini terus diberi kekuatan dan ketenangan dalam melalui liku hidupnya.

Sumber/Video: Zayan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Apr 2025

“Makeup Pun Nak Pegang Tangan…” – Awal Ashaari Usik Aksi Romantis Ameera Khan & Jefri Nichol

Awal Ashaari sempat mengusik Ameera Khan dan Jefri Nichol papar aksi romantik

Hiburan Fri, 10 May 2019

Peminat Sebak Dengar Kolaborasi Raihan-Alif Satar Dalam ‘Sesungguhnya 2019’

Alhamdulillah abang-abang Raihan atas peluang ini. Akan saya ingat sampai bila-bila…

Featured Tue, 20 Apr 2021

Sedih Melihat Keadaan Ayah, Ebit Lew Mohon Doa Orang Ramai

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai untuk menitipkan dia buat ayahnya yang kini sedang sakit. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah mengenai kesihatan ayahnya yang semakin merosot sehingga menganggu […]

Featured Fri, 26 Apr 2024

Usahawan Dan Bekas Pengacara Popular Didakwa Menampar, Menendang 3 Individu Termasuk Pertuduhan Lakukan Khianat

Seriuslah! Min minat tau Norjuma dulu masa zaman pengacara Nona dulu🫣🫣🫣

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
error: Content is protected !!