Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 9, 2023 @ 10:55pm

[VIDEO] Tak Pakai Busana Sedondon, Shuib Jawab Sebab Uwais Pakai Baju Warna Lain

Majlis pertunangan pelawak terkenal Shuib telah menjadi bualan ramai, lebih-lebih lagi apabila penampilan anak sulungnya, Uwais Alqarni yang tidak memakai baju rona sedondon.

Menjawab persoalan orang ramai, Shuib menjelaskan baju yang sudah ditempah untuk Uwais tidak muat untuk dipakai ketika hari kejadian.

@_ajieha_ tengok vtt sampai habis baru dpt jwpn #like #komen #share #shuibsepahtu ♬ DJ Kuda Yang Mana Kuda Yang Mana Tuan Senangi – Pantun Janda – Kurenai Music

“Ramai orang tanya saya, kenapa gambar pertunangan saya tu, Uwais seorang je pakai baju warna merah. Kenapa baju dia tak sama dengan kitorang.

“Semua orang tengah tanya saya kenapa baju Uwais tak sama. Uwais seorang tak pakai baju sedondon hijau neon.

“Sebab tak muat baju dia. Saya dah buatkan dah. Raya dua minggu je kan, nak pakai seluar tu, punggung tak muat dah,” jelas Shuib.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengalami perkara yang sama apabila baju anak mereka sudah tidak muat akibat musim perayaan ini.

“Macam anak den lah. Bulan puasa baju seluar muat tapi bila raya pertama tak muat sikit tang seluar. Bila ada jamuan raya Ya Allah tak boleh pakai seluar.

“Dah agak dah. Macam anak saya juga. Puasa kurus, raya semua baju kecut,” tulis netizen di ruangan komen.

Kenyataan daripada Shuib itu sekaligus memberi jawapan kepada netizen yang membuat spekulasi mendakwa Uwais memakai baju merah kerana warna tersebut merupakan warna kegemaran ibunya, Allahyarham Siti Sarah.

Untuk rekod, Shuib akan bernikah dengan tunangnya, Watie Hanifiah pada 23 Jun depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Feb 2018

BILA SEEKOR UDANG JADI VIRAL

Bila seekor udang jadi viral, ini jawapan netizen!

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Grant Gustin Finally Marries Sabahan Girlfriend!

Congratulations to the lovely couple.

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

Trending Thu, 1 Apr 2021

GKP 3.0 : Cara Permohonan Bantuan RM1,000 Secara One-Off Bermula Hari Ini Sehingga…

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro di 12 negeri Perintah […]

Trending Tue, 6 Jul 2021

Beri Makanan, Susu & Lampin Pakai Buang, Kehamilan Tak Halang Ayda Jebat Hulur Bantuan

Biarpun sedang sarat hamil, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat tidak terkecuali untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, bersama ahli keluarganya memberikan bantuan untuk mereka […]

error: Content is protected !!