Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 6, 2020 @ 8:01pm

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pemantauan terhadap tiga kumpulan sasar iaitu Kluster Seri Petaling, pelajar sekolah tahfiz dan warga asing yang dikenal pasti punca jangkitan baharu COVID-19 ketika ini, di Malaysia.

Ketiga-tiga kumpulan sasar itu saling berkait rapat kerana hasil siasatan mendapati penularan COVID-19 dalam kalangan ahli berpunca daripada perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Februari lalu yang kini sudah menjangkiti sehingga lima generasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM kini mengambil pendekatan tertumpu dengan memantau ketiga-tiga kumpulan sasar itu termasuk mengadakan saringan dan mengenal pasti kontak rapat sekiranya ada jangkitan baharu COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Jika dilihat berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu, dua dan tiga, kes yang ada ketika ini adalah terkawal dan ini adalah hasil kejayaan strategi melakukan pendekatan tertumpu pada kumpulan sasar.

“Contohnya, Kluster Sri Petaling, kumpulan tahfiz dan warg asing yang menyumbang pada jumlah kes baharu positif COVID-19. KKM akan kenal pasti  lokaliti dan ambil tindakan pengesanan kes kontak rapat (acute case detection) terhadap tiga kumpulan sasar ini,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai peningkatan jumlah kes jangkitan dalam kalangan warga asing.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, KKM tidak bercadang untuk melakukan saringan ke atas semua warga asing di negara ini  berikutan jumlah yang berdaftar melebihi 2.5 juta orang.

Sehingga kini, KKM sudah melaksanakan saringan tertumpu bagi bukan warganegara membabitkan 222,339 saringan, yang mana jumlah kes positif sebanyak 986 kes atau 4.4 peratus, kes dalam rawatan 457 kes (46.3 peratus), di Unit Rawatan Rapi (ICU) ada 4 kes (0.9 peratus), kes sembuh sepenuhnya sebanyak 525 (53.3 peratus) dan empat kematian (0.4 peratus).

Penduduk dan warga asing di sekitar Selayang beratur untuk membuat saringan COVID-19. (Gambar hiasan NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN)

Dr Noor Hisham berkata, peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing kebelakangan ini berpunca daripada tempat tinggal yang padat dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti pekerjaan.

“Masalah utama warga asing ialah mereka duduk di rumah atau flat di kawasan yang padat penduduk, selain jumlah yang duduk serumah begitu ramai dan kebanyakan yang tinggal dalam satu rumah itu bekerja di pelbagai tempat.

“Kesemua faktor itu dikenal pasti punca penularan COVID-19 berlaku dengan pantas dalam kalangan warga asing, bukannya masalah imunisasi seperti tanggapan ramai kerana belum ada bukti secara saintifik,” katanya.

Sementara itu, KKM melaporkan terdapat 135 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,702 kes (73.15 peratus).

Sehingga 6 Mei 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes, justeru jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes.

Daripada 45 kes baharu yang dilaporkan itu, hanya  satu kes import dilaporkan, manakala 44 kes lagi adalah penularan tempatan dan satu kes dikesan daripada kluster dan lokaliti PKP Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di ICU dan daripada jumlah itu sebanyak sembilan kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jun 2026

Stop Fikir Pasal Kahwin, Fathia Latiff Cari Kebahagiaan Di Usia 40 – “Lain Lah Kalau Rasa Diri Masih Hot, Masih Ada Harapan”

Fathia Latiff berkongsi pendapat peribadinya mengenai jodoh apabila dia mengakui lebih memilih untuk mencari kebahagian berbanding memikirkan soal perkahwinan.

Featured Sat, 11 Oct 2025

Ammar Ahyan Mengaku Tak ‘Nonchalant’, Siap Tunjuk Spoiler Kereta Baru 

Anak kepada usahwan selebriti, Datuk Aliff Syukri, Ammar Ahyan atau lebih mesra disapa Ammayan mencuri perhatian warganet

Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023

[VIDEO] Khusyuk Nyanyi Lagu Tiara, Siti Nurhaliza Dedah Ada Tragedi Lucu Berlaku 

Nak ambik video untuk kenangan, tapi jadi lain pula 🤣😭

Featured Mon, 30 Mar 2026

Fizo Omar Hormat Syed Saddiq, Pilih Utamakan Tanggungjawab & Keluarga  – “A Man With A Good Heart, Mungkin Beribu Orang Kejar Anda Tapi…”

Fizo Omar respect Syed Saddiq yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang berprinsip dan mengutamakan tanggungjawab dalam kehidupan.

Featured Tue, 4 Apr 2023

Meerqeen Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Jadi Duta Jenama Mewah Antarabangsa!

#Meerna mesti seronok baby boss mereka jadi duta jenama mewah👏👏👏

Featured Tue, 9 Mar 2021
error: Content is protected !!