Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 28, 2024 @ 8:24pm

“Kalau Dah Bertudung, Saya Tak Nak Lagi Buka Kembali” – Ameera Khan Harap Kekal Istiqamah

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan tidak menafikan dirinya sering bertanya bilakah dia akan berhijab.

Menerusi video siaran langsung di TikTok, adik kepada selebriti Noor Neelofa ini memaklumkan dia pernah memakai tudung sebanyak tiga kali namun membuka kembali.

“Ameera rasa bila boleh bertudung? Okay soalan ini saya pernah bertanyakan pada diri sendiri juga ‘bila nak pakai tudung?’

“Dalam kehidupan saya, saya pernah berhijab dalam dua ke tiga kali sahaja dan kemudian saya buka balik tudung,” katanya.

Dalam pada itu, Ameera berkata dia bernekad enggan lagi membuka tudung sekiranya waktu itu tiba.

“Jadi, macam kalau saya nak pakai tudung, saya akan pakai sampai bila-bila dan tidak mahu membukanya lagi.

“Insya-Allah dengan doa semua orang termasuklah doa dari mama dan daddy serta doa sendiri.

“Satu hari nanti saya akan memakai hijab dan tidak akan ada sebarang fikiran tentang saya belum bersedia untuk bertudung. I can’t say that,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ameera berkata dia lebih menyukai jejaka dari Indonesia yang dikatakan mempunyai perwatakan lebih romantik berbanding lelaki Malaysia.

Terdahulu, Ameera pernah berkongsi amalan yang dilakukan setiap hari sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu membaca lima Bismlllah dan beberapa zikir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Kes kehilangan Nora mengimbau kembali kes-kes jenayah lampau

Walaupun tiada persamaan di dalam kes-kes tersebut, akan tetapi ia telah memotivasi seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saudara Ikhwan untuk berkongsi kes-kes jenayah yang telah mendapat liputan media yang menyeluruh yang […]

Hiburan Fri, 17 May 2019

#setulusikhlas: Makcik Cleaner Buat Hari Fikry Ibrahim Lebih Semangat?

Senyum kan percuma…korang dah senyum ke harini?

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Ben Ladin Digelar Pengkid, Kenapa Agaknya?

Apapun, bagilah peluang buat artis muda kita ni berkarya, dan jangan suka mengutuk tanpa usul periksa. Ingat tu!

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Ripple Kini Lebih Urban!

Ripple bakal tarik lebih ramai pengguna digital

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

祖雄变身职业拳击手!为电影每天狂操8小时增肌减脂

Hero祖雄为了新电影《震撼擂台》拳击手角色,每天8小时的严格训练,希望能在荧幕上呈现给观众完美的肌肉线条。

error: Content is protected !!