Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 6, 2024 @ 8:52pm

Jazmy Juma Akhirnya Perjelas Status Hubungan Cinta Dengan Scha Ellinnea – “Saya Selesa Untuk…”

Pelakon kacak Jazmy Juma enggan mengulas lanjut dakwaan berhubung status hubungannya dengan aktres Scha Elinnea.

Menerusi temu bual bersama XTRA, pemilik nama Jazmy Khan Juma Khan, 26, memaklumkan, dia dan Scha hanyalah sekadar kawan dan bukannya pasangan bercinta seperti yang didakwa.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang professional apabila melibatkan soal kerja, Jazmy tidak mahu namanya terus terpalit dengan gosip cinta bersama aktres itu apatah lagi dia diberi tanggungjawab besar memegang watak utama menerusi drama lakonannya berjudul ‘Nuh & Nayla’.

“Saya selesa berkawan dengan dia dan saya juga selesa berkenalan dengan dia sebab dia bukan seorang perempuan yang ada masalah dan tak banyak karenah.

“Cumanya, saya tak mahu cakap pasal itu, kami hanya bekerja dan menjalankan tanggungjawab secara profesional sebagai pelakon utama,” ulasnya.

Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada sesi Karok Santai bersama pelakon drama rantaian ‘Nuh & Nayla’ yang diadakan di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Jazmy mengakui mereka mengenali antara satu sama lain ketika mula menjalani penggambaran drama tersebut.

“Saya dengan dia rapat sebagai kawan. Kami jumpa bila sama-sama terlibat dalam penggambaran drama ini. Dia seorang kawan yang sangat baik. Selepas kerja, kami tak berhubung. Kalau lepak, kami akan keluar beramai-ramai,” katanya.

Mengulas lanjut, Jazmy mengakui dia tidak selesa sekiranya terpalit dengan gosip cinta ketika berada lokasi.

“Semua video itu kami sudah berbincang bersama team produksi, maka terjadilah video-video tersebut. Dalam kehidupan sebenar, tiada apa-apa. Kami hanya menjayakan watak sahaja.

“Tak okay (cinta lokasi), saya datang set untuk buat kerja,” jelasnya.

Terdahulu, nama Jazmy dan Scha menjadi sebutan warganet apabila sering berkongsi momen mesra mereka di media sosial.

Bahkan, terdapat segelintir netizen yang berharap kedua-dua pelakon ini menjalin hubungan cinta di luar lokasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Jun 2024
Hiburan Mon, 27 Oct 2025

First Lady Buka Topeng Dunia Politik Antara Cinta, Kuasa & Pengkhianatan

First Lady ialah kisah tentang cinta yang diuji oleh kuasa dan pengkhianatan

Hiburan Thu, 17 Jul 2025

“Saya Tak Bersalah” – Alya Iman Kesal Dituduh Punca Keretakan Hubungan Zizi Kirana & Yusof Bahrin

Alya Iman tak bersalah, tiada kaitan isu rumah tangga Yusof Bahrin, Zizi Kirana

Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Shark: The Storm Tampilkan Kisah Gelap ‘Survival’ Bekas Mangsa Buli

Naskhah terbaharu ini menampilkan gandingan pelakon hebat!

Featured Sat, 4 Mar 2023
error: Content is protected !!