Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 12, 2020 @ 12:00pm

Jangan pandang serong pesakit COVID-19 dan keluarga mereka

Wabak COVID-19 yang sudah mencatat sebanyak 4,530 kes jangkitan dengan 73 kematian setakat jam 12 tengah hari 11 April 2020, ternyata amat membimbangkan ramai.

Bagaimanapun, pada saat sukar ini, terdapat satu lagi ‘virus’ yang turut membimbangkan iaitu stigma negatif masyarakat terhadap pesakit COVID-19.

Terdapat segelintir warga maya yang tidak bertanggungjawab melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan menganggap individu positif COVID-19 sebagai penyebab utama penularan wabak itu di seluruh negara.

stigma negatif terhadap pesakit covid-19

Kredit gambar: Lifehacker Australia

Ingatlah, mereka juga adalah manusia biasa dan tidak minta dijangkiti. Sebaik-baiknya kita sama-sama membuang stigma negatif terhadap pesakit COVID-19 dan ahli keluarga mereka dengan memberi sokongan serta kata-kata positif supaya apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Berikut adalah pesanan ringkas yang dikongsikan dalam laman sosial Majlis Keselamatan Negara untuk dijadikan panduan kepada masyarakat agar menjauhi stigma negatif terhadap pesakit COVID-19 dan keluarga mereka:

1. Pesakit yang sudah sembuh tidak akan menjangkiti orang lain

Sehingga kini, seramai 1,995 pesakit disahkan pulih dan masyarakat tidak perlu bimbang serta memandang negatif kepada bekas pesakit kerana mereka yang sudah sembuh tidak akan menjangkiti orang lain.

2. COVID-19 tidak mengenal bangsa, agama dan status

Elakkan stigma negatif yang menyentuh sensitiviti agama dan sebagainya kerana wabak COVID-19 tidak mengenal bangsa, agama dan status. Hentikan melabel secara negatif mereka yang dijangkiti COVID-19 kerana ia akan menimbulkan diskriminasi dan menghalang orang ramai daripada tampil secara sukarela untuk mendapatkan saringan serta rawatan.

Kredit gambar: BBC

3. Beri sokongan terhadap individu yang sudah sembuh dan keluarganya

Kebanyakan pesakit yang positif COVID-19 akan diselubungi perasaan bersalah kerana mungkin menjadi punca virus itu tersebar kepada orang lain termasuk menyebabkan kematian,

Selain itu mereka perlu berada di hospital untuk jangka masa yang lama, sekali gus boleh menyebabkan pesakit lemah dan menjadi murung. Oleh itu, jangan memandang negatif atau melemahkan semangat pesakit COVID-19. Beri sokongan moral kepada pesakit dan juga keluarga mereka untuk sama-sama melawan wabak COVID-19.

4. Jangan labelkan bekas pesakit sebagai kes atau mangsa COVID-19

Kementerian kesihatan tidak pernah mendedahkan profail pesakit dan hanya mengkelaskan mengikut kes, namun masyarakat tidak perlu melabelkan pesakit yang positif COVID-19.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, hapuskan stigma negatif terhadap pesakit COVID-19 dan keluarga mereka serta sama-samalah kita menentang COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Sep 2024

Khadijah Ibrahim Terlibat Kemalangan

Moga ibu Khaty baik-baik sahaja. Aamin.❤️

Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Featured Fri, 20 Jun 2025
Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Featured Mon, 17 Nov 2025

Foto Sambutan Hari Lahir Tular, Netizen Dakwa Mimi Lana Kini Hamil?

Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.

Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Gaya Hidup Wed, 8 May 2019
Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Featured Sat, 26 Jul 2025
error: Content is protected !!