Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 7, 2023 @ 7:15pm

[VIDEO] “Untung Suami Penyabar, Isteri Tak Berapa”- Gelagat Fazura Minta Betulkan Tudung Curi Perhatian, Netizen Label Fattah ‘Husband Material’

Umum sedia maklum, konsert ‘Ada Apa Dengan Melly’ yang berlangsung baru-baru ini mencuri perhatian apabila tampil dengan tema ‘Back to School’ berjaya menggamit kenangan lebih 3,000 peminat di Malaysia.

Malah, kehadiran artis popular tanah air dan Indonesia ke konsert berkenaan mencuri tumpuan apabila masing-masing tampil dengan pakaian sekolah termasuklah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fattah Amin, Fazura dan ramai lagi.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, gelagat Fazura yang sempat berkongsi video pendek menerusi TikTok miliknya memperlihatkan kegigihan Fattah membantunya memakai tudung.

Malah, menerusi video tersebut juga, Fattah dilihat berhati-hati ketika memakaikan jarum peniti pada tudung yang dipakainya isterinya itu.

“Untung lah suami penyabar, isteri tak berapa,” tulisnya pada paparan skrin berkenaan.

@fazuraofficial Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih.. anyway, loveee you @Fattah Amin ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Fazura dan Fattah yang rata-ratanya boleh ‘relate’ dengan keadaan tersebut.

Bahkan, ada dalam kalangan peminat yang sempat berseloroh bertanyakan sekiranya  ‘husband material’ ini turut dijual menerusi Lazada.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 800,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 13 Sep 2022
Hiburan Wed, 21 Feb 2018

得罪周星驰永不合作!袁咏仪还原24年真相

香港女星袁咏仪娱乐圈有2大传言,据说曾连续得罪2位影坛大咖演员,包括1995年和成龙拍《霹雳火》,其中2句对白要重录却没接大哥电话,更早的是1994年和周星驰合作《凌凌漆大战金枪客》,被传她大言不惭说和星爷风格不一样,以后不用再合作,谣言一传就是20年,对此首度还原真相!

Hiburan Sun, 25 Nov 2018

#SFMM33: Misha Omar Buktikan ‘Otai Masih Berbisa’

Macam ke gimnasium, kita kena rajin dan jadikan rutin harian untuk kekal sihat. Insya Allah, saya akan praktik hal yang sama.

Featured Sat, 12 Feb 2022
Trending Fri, 20 Dec 2019

“Kulitnya Masih Melekat Di Baju”

Ibu Bapa Kecewa, Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kembali Bertiga, Team Pagi SURIA Lebih Kecoh!

Jangan lupa untuk dengarkan Team Pagi Suria okay!

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Nora Danish Jawab Isu Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Seiring dengan kes penderaan yang kini semakin menjadi-jadi, pelakon, Nora Danish berharap pihak berkuasa membuat tindakan ke atas kes tersebut.

error: Content is protected !!