Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 5, 2023 @ 6:54pm

Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Seorang inspektor polis didakwa empat tuduhan merogol dan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di bilik pejabatnya akhir bulan lalu.

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh, Mohd Maliki Azmi, 35, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada jam 6.30 petang 28 Disember tahun lalu, dalam bilik pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Sementara itu, Mohd Maliki turut didakwa atas tiga pertuduhan berasingan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak kerana melakukan amang seksual terhadap mangsa sama.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas remaja perempuan berkenaan pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan cara menyentuh kemaluan mangsa bagi tujuan maksud seksual.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Mohd Maliki juga didakwa memaksa mangsa memasukkan objek ke dalam alat sulitnya.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(c) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa membuatkan mangsa menanggalkan pakaian dan menunjukkan badannya supaya dilihat tertuduh dengan niat seksual.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit bersalah terhadap semua pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hizween Azleena Othman Kamal, Zulfadzly Hassan dan Nurul Natasha Rizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hizween Azleena memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan amang seksual.

Beliau turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali sebulan dan menyerahkan dokumen perjalanannya sementara menunggu perbicaraan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia hilang sumber pendapatan dan mempunyai isteri serta ibu bapa untuk ditanggung selain mempunyai hutang yang semakin meningkat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan serangan seksual.

Mahkamah turut menetapkan 6 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr […]

Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Fri, 7 Jun 2024

Kes Dakwaan Rogol Mondy Tattoo Digugurkan, Tiada Pendakwaan Diambil Terhadap Ebit Lew – “Saman Tetap Jalan”

Ebit Lew bersyukur kes tak diteruskan, akan tetap saman fitnah Mondy Tattoo

Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Hormati Perjuangan Global Sumud Flotilla, Fazura Tangguh Kongsi Momen Ulang Tahun Fatima – “Sekarang Masa Tak Sesuai”

Fazura tangguh kongsi momen Fatima sambut ulang tahun, mahu fokus pejuang Global Sumud Flotilla (GSF)

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Netizen Mulut Pedas Tegur Sharifah Sakinah Menari Terkinja-Kinja Di Negara Orang

Semoga yang baik-baik sahaja buat Sharifah Sakinah 😇

Hiburan Tue, 15 Jul 2025

Jelmakan Watak Raisha, Cahaya Nilam Jadi ‘Diva & Annoying’ Dalam Seoul Cinta

Cahaya Nilam bawa watak selebriti dalam Seoul Cinta.

Featured Sun, 12 Feb 2023
error: Content is protected !!