Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 9, 2024 @ 7:29pm

Kekal Tenang Dilabel Bibik, Warganet Puji Zahirah Macwilson – “Patutlah Ada Mak Lampir Insecure”

Aktres Zahirah Macwilson kekal tenang biarpun dirinya telah dilabel sebagai bibik oleh pelakon Fathia Latiff, baru-baru ini.

Hasil tinjauan XTRA, rata-rata warganet membela nasib Zahirah yang disindir bertalu-talu oleh pelakon itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zahirah telah berkongsi video mesra bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza dan anaknya, Isaac Raees.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan pengikutnya memuji sikap Zahirah dan Aiman yang tidak cepat melatah biarpun terpalit dengan kontroversi murahan itu.

Terdahulu, Fathia meluahkan rasa kurang puas hatinya selepas seorang netizen membandingkan kecantikannya dengan Zahirah ketika membuat sesi live di TikTok.

Kurang senang dengan pujian tersebut, pelakon Ariana Rose itu turut melabel Zahirah sebagai bibik bahkan mendakwa aktres itu membuat suntikan bibir di Australia.

Malah, Fathia turut mencabar pasangan selebriti itu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi.

Tidak cukup dengan itu, Fathia turut mengimbau setiap pencapaian yang pernah dimilikinya sewaktu zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara ‘Bitter’ Kecantikan Dibandingkan Dengan Zahirah Macwilson, Ruangan Komen Fathia Latiff Diserang Netizen – “Meroyan Apa Kau Ni!” 

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Samakan Wajah Zahirah Macwilson Dengan Bibik, Fathia Latiff Cabar Failkan Saman Pula? Siap Banding ‘Layanan’ Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim!

ARTIKEL BERKAITAN: Makin Panas! Sengaja Kongsi Gambar Kanak-Kanak Zahirah Macwilson, Netizen Anggap Fathia Latiff Makin Melampau – “Bersama Bibik Saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zahirah Macwilson Terkilan Wajah Anak Dikeji, Selar Tuduhan Fathia Latiff – “Dia Tak Pernah Ganggu Hidup Awak!” 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Pernah Menang Award Tak? Konklusinya Saya Queen, Case Dismissed!”- Fathia Latiff Cetus Provokasi, Persoal Kredibiliti Zahirah Macwilson Dalam Industri Seni

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

PAW Patrol Live Di Istana Budaya 29 November- 2 Disember 2018

Pementasan ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit termasuk dua ‘acts’ dan ‘intermission’, dengan menggabungkan pendekatan kostum yang inovatif untuk membantu membawa watak-watak PAW Patrol!

Trending Fri, 2 Apr 2021
Trending Thu, 6 Feb 2020
Kes Mahkamah Wed, 16 Aug 2023

Susulan Kes Seksual Terhadap 2 Remaja Lelaki, Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 4 Pertuduhan

Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini – Safiey

Featured Wed, 12 Nov 2025

“Dia Adalah Anugerah Yang Menenangkan Pandangan”- Amar Baharin

Amar menggambarkan Amyra sebagai seorang isteri yang menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupannya.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

AfroJr and J.M3’s ‘Friendzone’ EP is All About Self Love

Two singers from different genres united with a meaningful tracklist.

Kisah Viral Sun, 11 Aug 2024

Kemungkinan Wujud ‘Double Standards’, Diskriminasi Terhadap Azizulhasni Awang?

Khairy mengimbas semula insiden yang berlaku di acara sama ketika Sukan Olimpik Rio 2016.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Tue, 18 Apr 2023

“Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah Liyana” – Patimah Ismail

Reda melepaskan menantu tersayang, tetapi ikatan yang terjalin tak akan terlerai. sebak pula min 😢😢

error: Content is protected !!