Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 2, 2023 @ 6:07pm

Che Ta Terkejut Aaisyah Minta Barang ‘Skincare’ Berjenama Sempena Hadiah Birthday

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tampil berkongsi reaksinya selepas mendengar permintaan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang meminta barangan ‘skincare’ mewah sempena hadiah ulang tahun kelahirannya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Che Ta menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Che Ta telah bertanya kepada Aaisyah produk kecantikan yang ingin dimilikinya sempena hari lahir.

“Aaisyah mummy nak tanya, birthday present yang awak nak. Mummy dengar Aaisyah nak skincare, skincare apa?,” katanya.

Lebih mencuit hati, anak perempuan Che Ta dan Zain Saidin itu secara spontannya terus senaraikan jenama mewah produk kecantikan yang diimpikan ketika sedang bersiap dan bersolek.

“Skincare product, ada banyak. Glow recipe, drunk elephant, the ordinary, Sol de Janeiro, banyak lagi mummy tak beli,” jawabnya.

Terkejut dengan jenama-jenama mewah tersebut, Che Ta mengakui dirinya tidak tahu ke semua nama yang disebutkan itu dan hanya tahu produk, Safi Rania sahaja.

“Ni, aku tak tahu semua benda tu. Aku tak pernah dengar. Yang mummy tahu tau apa dia, Safi Rania je. Binatang apa hang sebut?,” jelasnya.

Terhibur melihat gelagat si kecil itu, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai respons yang menghiburkan dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

@rozitachewan1 Mampoih dahhhhhh! Mummy tk penah dgr nama2 skin care yg dia nakkkkkk tu🤣🤣🤣🤣🤣 nampak sgt mak hang dah tua aaisyah 🤣 . #aaisyahturns9 #cheta #rcw #fyp #makeup #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Uqasha Senrose Kongsi Rahsia Kulit Sihat Dengan Peminat

Saya seorang yang amat berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam sesebuah produk kecantikan…

Featured Wed, 12 Apr 2023

[VIDEO] Dihentam ‘Vaping’ Depan Khalayak Ramai, Peminat Tampil Back Up Mierul Aiman… Dedah Bukti Keadaan Sebenar

Salah faham je ni koranggg… Takkan Mierul nak vape depan orang ramai kannn

Trending Mon, 28 May 2018

Rebranding Tak Salah, Yang Salah Bila Kau Jual Balik Dengan Harga Y&*@&$*!

At least know your worth, kau spend duit untuk beli barang murah dengan harga firaun, tak rasa kena tipu hidup2 ke?

Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Featured Mon, 30 Jun 2025
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Crossroads : One Two Jaga Dominasi FFM30 Selepas AMPFKL 2018

Tahniah diucapkan buat semua pemenang FFM30

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

ACTOR JEON TAE SOO PASSES AWAY DUE TO DEPRESSION

Ha Ji Won’s younger brother, Jeon Tae Soo passes away after long battle with depression. Click in to view for more information.

error: Content is protected !!