Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 1, 2019 @ 3:23pm

Crossroads : One Two Jaga Dominasi FFM30 Selepas AMPFKL 2018

Siapa sangka filem lakonan Namron, Amri Rohayat, Zahiril Adzim, Ayam Fared, Bront Palarae, Amerul Affendi dan dua orang lagi pelakon Indonesia iaitu, Ario Bayu dan Asmara Abigail diiktiraf sebagai filem terbaik FFM30 yang berlangsung pada Sabtu.

Selepas memenangi anugerahfilem terbaik dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018 (AMPFKL2018) tahun lalu nampaknya, Crossroads : One Two Jaga sekali lagi mencipta nama dalam FFM30.

Filem arahan Namron ini sekaligus menewaskan empat buah filem terbaik lain seperti, Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Passange.

Crossroads : One Two Jaga juga turut meraih anugerah bagi kategori Pengarah Terbaik  yang dimenangi oleh Namron. Dan kemenangan ini sekaligus, menewaskan pengarah tersohor menerusi filem Munafik 2, Dukun, Paskal The Movie dan Vedigundu Passange.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula menjadi milik Dr. Rosdeen Suboh menerusi filem Crossroads : One Two Jaga manakala Pelakon Wanita Terbaik pula diraih oleh Datin Seri Umie Aida menerusi filem Dukun.

Sebanyak 42 buah filem layak bertanding, di mana sebanyak 25 filem berbahasa Melayu dicalonkan, manakala 8 bagi kategori bahasa (Mandarin), 7 (Tamil) dan dua lagi (Kantonis).

Ini adalah senarai pemenang FFM Ke-30 :

  1. Filem Terbaik – Crossroads: One Two Jaga 2.
  2. Pengarah Terbaik – Namron (Crossroads: One Two Jaga)
  3. Pelakon Lelaki Terbaik – Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
  4. Pelakon Wanita Terbaik – Datin Seri Umie Aida
  5. Anugerah Khas Juri – i) Paskal The Movie ii) Vedigundu Pasangge iii) Busker The Movie
  6.  Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – AR Badul
  7.  Cerita Asal Terbaik – Crossroads One Two Jaga
  8. Lakon Layar Terbaik – Amri Rohayat, Fared Ayam & Namron (Crossroads: One Two Jaga)
  9. Penggiat Belakang Tabir – Habsah Hassan1
  10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)
  11. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nabila Huda (Makrifat Cinta)
  12. Filem Box Office – Munafik 2
  13. Pengarah Harapan Terbaik – Quek Shiou Chuan (Guang) 
  14. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Eng Wei Jie (Rise Of The Legend – Lee Chong Wei)
  15. Sinematografi Terbaik – Yeong Tuck Wei (Guang)
  16. Pelakon Lelaki Harapan – Kyo Chen (Guang)
  17. Pelakon Wanita Harapan – Jaya Ganason (En Veettu Thottathil)
  18. Lagu Tema Terbaik – Busker The Movie
  19. Skor Muzik Asal Terbaik – Two Sisters
  20. Penataan Seni Terbaik – Guang
  21. Penyunting Terbaik – Dukun
  22. Penataan Bunyi Terbaik – Pulang
  23. Kesan Khas Terbaik – Dukun
  24. Kostum Busana Terbaik – Dukun
  25. Poster Filem Terbaik – Crossroads: One Two Jaga

Apapun, buat semua pemenang tahniah diucapkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 May 2025

Awie, Search Kid Din Gegar Pulau Pinang & Johor Menerusi Rockology Concert Tour 2025

Muzik rock tempatan bakal kembali bergema dengan penganjuran Rockology Concert Tour 2025!

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Lydiawati Kena Tipu ‘Dato’?

“Saya dapat tahu ramai lagi yang tertipu termasuk beberapa rakan terdekat yang kerugian lebih RM30,000.”

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Thu, 26 Jan 2023

Buat Beyonce Dubai Riff Challenge, Ernie Zakri Pukau Hati Peminat

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri cuba melakukan kemahiran vokal penyanyi popular antarabangsa, Beyonce yang tular ketika membuat persembahan di Dubai. @erniezakri23 stuck in my head 24 hrs. send help. #beyoncedubai #beyoncechallenge #beyonce ♬ original sound – […]

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Akhirnya Isteri Pertama Amar Buka Cerita…

Dedah kisah sebenar di laman instagram…

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

“Terima Kasih Datuk Fizz Fairuz Bawa Saya Ke Malaysia” – Mimi Peri Teruja Lihat KLCC, Syukur Impian Berlakon Filem Tercapai!

Rezeki tak pernah salah alamat! Berkat doa ibu, Mimi Peri akhirnya sampai ke Malaysia ❤️

error: Content is protected !!