Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 9, 2024 @ 8:28pm

Muncul Kali Kedua Di Kuala Lumpur, Feby Putri Nak Healing Lagi Dengan Peminat Malaysia

Kali pertama muncul di Malaysia pada Mac 2023 melalui konsert Feby Putri Live in Kuala Lumpur, momen tersebut juga merupakan kali pertama penyanyi dengan nama Feby Putri itu terbang keluar dari negara kelahirannya, Indonesia.

Tidak menyangka diberikan peluang untuk membuat konsert perdana di luar negara, sambutan terhadap konsert yang dibawakan oleh Miebird Projects pada tahun lalu sangat memberangsangkan. Malah konsert itu sold out!

Melihat sambutan hangat yang diberikan kepada penyanyi dengan nama sebenarnya Feby Putri Nilam Cahyani, pihak Miebird Projects secara esklusif sekali lagi membawakan Feby dan kali ini dengan judul Konsert Feby Putri Vol.2, “Detik. Menit. Jam” Kuala Lumpur.

Dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 27 Julai 2024, di Zepp Kuala Lumpur, konsert kedua Feby Putri itu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

“Selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh para peminat terhadap Feby Putri tahun lalu, pihak Miebird Projects rasa terpanggil untuk menyatukan semula Feby dan para peminat di sini melalui Konsert Feby Putri Vol.2, “Detik. Menit. Jam” Kuala Lumpur.

“Semoga dengan kembalinya Feby ke Kuala Lumpur dapat menyembuhkan rasa rindu peminat terhadap penyanyi kesayangan ramai tersebut,“ ujar Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia yang dia sanggup merantau ke kota besar Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya bergelar anak seni. Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.

“Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.

“Ketika itu saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil ‘cover’ lagu-lagu orang lain di laman YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya pada 2021, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri,”ceritanya tentang perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya.

“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu.Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu malah para pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur melalui Konsert Feby Putri Vol.2, Detik. Menit. Jam. Kuala Lumpur pula, “ ujar Feby teruja untuk muncul untuk konsert keduanya kali ini.

Tiket-tiket berharga RM135 – HALU (berdiri- zon belakang), RM175 – Diri (berdiri – zon hadapan), RM195 – USIK (Duduk-Biasa), RM255 – RUNTUH (Duduk-Premium), RM335 – Per pax (VIP BOX) mulai dijual pada 20 April 2024, dilaman web rasmi agen tiket www.ilassotickets.com

Jangan lepaskan peluang “healing” bersama sama Feby Putri dengan lagu-lagu seperti Halu, Usik, Diri, Runtuh, Liar Angin, Detik,Menit, Jam dan deretan lagu hits didalam Konsert Feby Putri Vol.2, Detik. Menit. Jam. Kuala Lumpur pada 27 Julai ini, jam 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Dato Vida Pengumpul Tudung LV Terbanyak Di Dunia

Saya mengisytiharkan saya memiliki crumple shawl LV terbanyak didunia. Memang banyak tak terkira. Saya beli je. Tapi dah macam kain buruk.

Featured Mon, 21 Apr 2025

Daun Pulai Ditemui Dalam Perut & Tiada DNA Asing Dalam D*bur Zayn Rayyan

Terdapat daun pulai ditemukan dalam rongga pernafasan (bronkus) dan perut kanak-kanak itu.

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Mira Filzah Tak Mahu Kongsi Banyak Kisah Peribadi

Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

蔡迪伸被问到怕!新曲直白《你不要再问我几时结婚》

蔡迪伸被问到怕!全新创作《你不要再问我几时结婚》直接了当的唱出其真实感受。

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Miera Leyana Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 – “Bila Kita Ada Satu Sama Lain, Itu Sudah Segalanya”

Miera Leyana sambut anniversary ke lima tahun bersama Rosland Othman

error: Content is protected !!