Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 2, 2022 @ 7:56pm

[VIDEO] “Fokus Saya Buka Kilang Kedua Di Kelantan Untuk Bantu Mereka…” – Jualan Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Digelar Jutawan Paling Humble!

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi menjadi buah mulut warganet selepas mendedahkan bakal membuka  kilang kedua Sambal Nyet keluaran jenama tersendirinya di Kelantan.

Aming menerusi sebuah ciapan panjang di Twitter miliknya berkata jualan sambal tersebut telah mencecah sebanyal RM14 juta selepas setahun  mengusahakannya.

“Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yang akan beroperasi tak lama lagi,” tulinsya. 

Menerusi ciapan yang sama, Aming turut berkongsi cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang menjayakan operasi Sambal tersebut sehingga berjaya capai ke tahap yang tidak disangkakan ini.

Menurut Aming, pada awalnya segala proses menyediakan Sambal Nyet dari awal hingga akhir diuruskan diuruskan sendiri bersama rakan seperjuangan.

Tambah Aming, perjalannya itu dilalui dengan penuh pancaroba di mana wujud saat jatuh dan naik mereka dalam menjayakan produk Sambal Nyet.

Dalam pada itu, menerusi siaran langsung di Instagram miliknya, salah seorang pengikutnya bertanya sama ada Aming berniat untuk membuka kilang di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur.

Jawabnya, Aming lebih memilih untuk membuka kilang di negeri kelahirannya, Kelantan demi membantu anak-anak muda di sana dengan memberikan peluang pekerjaan.

“Tengok Live Khairul Aming sambil buat kerja tadi. Ada penonton tanya ada rancangan nak buka kilang sekitar KL/Lembah Klang tak? Jawapan KA, dia lagi suka buka di Kelantan. Boleh buka peluang pekerjaan orang tempatan & bangunkan negeri kelahiran dia,” ujarnya.

Menerjah ke ruangan komen ciapan Aming itu, ramai dalam kalangan warganet yang menumpang gembira serta kagum dengan pencapaian Aming yang bertungkus-lumus menjayakan produknya itu.

Malah, Aming turut digelar sebagai ‘jutawan muda’ yang sangat merendah diri menjadikan dirinya wajar diangkat sebagai ikon pempengaruh berwibawa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Kerja tetap kerja…

Events Tue, 2 Aug 2022

Dituduh Berhenti Mengejut, Fizi Ali Tampil Beri Penjelasan – “Saya Minta Restu Semua Pihak Sebelum Berhijrah”

Haa, Fizi Ali pun dah beri respons tu. Harapnya dengan penjelasan Fizi ini dapat meredakan suasana tegang.

Featured Sat, 22 Oct 2022

Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Hmm.. Sabarlah Abang Viva, ini ujian dalam perkahwinan. Apa pun min harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Featured Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] Pembantu Pulang Ke Kampung Halaman, Eina Azman Sedih! – “Saya Macam Lost Kejap”

Alahai min pun sebak tengok video tu 😥 Bukan senang nak dapat majikan dan pekerja baik macam tu kan?

Hiburan Wed, 16 May 2018

Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan

Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

舞台动用超过200人打造!萧敬腾世巡吉隆坡站搭建3D歌剧院场景

萧敬腾《娱乐先生》世界巡回演唱会舞台动用超过200人打造,搭建3D歌剧院场景

Trending Sun, 4 Jul 2021
error: Content is protected !!