Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 6, 2021 @ 1:47pm

“Saya Akui Terkejut…” Genap Seminggu Berumah Tangga, Syamel Dedah Ernie Zakri Sebenarnya…

Genap seminggu berumah tangga, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri bersyukur segala urusan perkahwinan mereka berjalan lancar walaupun mengakui agak sedikit pelik kerana kini sudah berdua.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, perkahwinan ini bukan sahaja menjadikan dirinya dan isteri sebagai pasangan,  tetapi juga teman istimewa sepanjang hidup yang bakal dikongsikan kelak.

“Selama ni Syamel rasa segala apa yang dilalui sebelum ini hanya sendiri, dan kini kita ada teman istimewa untuk berkongsi hidup. Alhamdulillah”

Namun, kedua-dua pasangan manis ini juga sempat berkongsi mengenai perangai sebenar masing-masing memandangkan Syamel mahupun Ernie dilihat begitu serasi bukan sahaja di atas pentas tetapi juga ketika kelihatan bersama-sama.

“Adalah few things yang ibu mentua saya ceritakan, kiranya macam preparation lah lepas berkahwin. Tapi takdelah yang pelik atau mengejutkan sangat sebab sebelum ni pun Syamel akan sentiasa update mengenai hal dalam kehidupan dia. Serba sedikit tu tahu lah”

ARTIKEL BERKAITAN : Dengan Sekali Lafaz, Syamel & Ernie Zakri Selamat Bernikah

Honeymoon belum lagi…

Bukan itu sahaja, menurut pelantun lagu Gundah ini, walaupun sudah seminggu mendirikan rumah tangga, kedua-dua mereka masih tidak dapat ‘duduk bersama’  memandangkan kedua-duanya terikat dengan kerja yang sangat padat.

“Dalam seminggu kami bernikah ni, kami tidak sempat lagi duduk bersama betul-betul. Kami setiap hari bekerja tanpa henti. Bila bangun-bangun tidur je kami terus bekerja…”

Sumber : instagram @ernizakri

“Syamel terkejut, Ernie ni 24 jam…”

Menurut Syamel, beliau sama sekali tidak menyangka, Ernie Zakri sebenarnya kelihatan cantik 24 jam selain dapat membantu meringankan beban yang Syamel lalui sebelum ini.

“Syamel baru sedar yang kehadiran Ernie banyak membantu meringankan banyak beban sebelum ini sorang-sorang. Sebagai contoh, menjemur tuala, kalau kita campak, ada orang tolong kutipkan…”

Sumber : instagram @ernizakri

Ketika ditanya mengenai cabaran atau dugaan dalam berumah tangga, Syamel bagaimanapun berharap agar beliau dapat mengendalikan segala tanggungjawab ini dengan cermat dan baik.

Apapun, Xtra doakan agar hubungan yang dibina ini juga kekal hingga ke syurga.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Mon, 26 Aug 2024

“Sakit Hati Tengok Kami Bahagia Eh?” – Tak Jadi Cerai Dengan Shuk Sahar, Fara Salleh Bidas Individu ‘Bitter’

Aduhai netizen ni tak boleh tengok orang bahagia ke, cuba doa yang baik baik hm

Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Trending Thu, 17 Jan 2019

Here’s How You Can ACTUALLY Maintain Your New Year’s Resolutions

According to psychologists, it’s easier to do than we think.

error: Content is protected !!