Euforia Bola 2026
Hiburan By: XTRA July 15, 2025 @ 7:13pm

Echoes of a Dream Gegar Zepp KL, Insomniacks Hadiahkan Telefon Pintar Dipenuhi Video & Gambar Istimewa Khas Untuk Peminat Bertuah!

Insomniacks membuktikan mereka bukan sekadar band biasa apabila berjaya mencipta malam penuh magis menerusi konsert Echoes of a Dream yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Lebih 2,400 peminat membanjiri ruang acara, menjadikan suasana gamat dan meriah dari awal hingga akhir.

Tepat jam 8 malam, persembahan dimulakan dengan penuh tenaga apabila Insomniacks yang dianggotai oleh Iqie, Iskandar dan Dan membawakan sebanyak 21 lagu terbaik mereka.

Antara lagu popular yang menjadi siulan penonton termasuk Reminisensi, Sempurna, Pulang dan Igauan Malam yang membuat seluruh dewan bergema dengan nyanyian peminat.

Konsert turut diserikan dengan kehadiran rakan artis sebagai tetamu istimewa. Untuk lagu Cerita Kita, Nabila Razali muncul menghangatkan pentas, diikuti Nabila Taqiyyah yang tampil mendendangkan Belum Mulai.

Suasana terus membara apabila mereka membawakan lagu Amnesia (cover 5 Seconds of Summer) bersama Arif Kamarudin dari Midnight Fusic, membuat ramai terpukau!

Namun, momen paling mencuri tumpuan malam itu pastinya ketika Insomniacks secara mengejut melakukan panggilan video kepada seorang peminat bertuah di hadapan ribuan penonton.

Istimewanya, tiga jejaka kacak itu mengumumkan peminat tersebut bakal menerima sebuah telefon eksklusif yang dipenuhi gambar dan video peribadi mereka. Kejutan luar biasa itu mendapat sorakan gemuruh dari seluruh Zepp KL!

Sepanjang hampir dua jam persembahan, Insomniacks membuktikan mengapa mereka terus menjadi kegemaran ramai. Vokal mantap, persembahan bertenaga, penonton yang ‘sporting’ serta elemen kejutan menjadikan Echoes of a Dream satu malam yang pasti sukar dilupakan!

Selepas ini, Insomniacks dijadual meneruskan jelajah konsert mereka ke Singapura. Tak sabar menantikan kejutan apa pula yang bakal dibawakan untuk peminat di sana!

Artikel: Nur Maisara Shahrul Niza
Kredit foto: SAH Entertainment, Universal Music Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Kenapa Bapa Lega Zahirah Putus Cinta?

Tambah Zainol, “ Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

Featured Mon, 5 Aug 2024
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Khai Bahar Sengau Nyanyikan Luluh?

Jadi bagaimana dengan persembahan setiap finalis Anugerah Juara Lagu 34 (AJL33) setakat ini? Ada mendakwa persembahan Khai Bahar melalui lagu Luluh sebentar tadi agak ‘sengau’ walau pun cuba melontarkan suara ‘falseto’ menarik sambil diiringi piano […]

Trending Tue, 14 Jan 2020

Mickey And Minnie Mouse Got A CNY Makeover @ Pavilion Kuala Lumpur + Fun Festivities

Pavilion Kuala Lumpur welcomes Mickey Mouse and Minnie Mouse with “The Prosperous Reunion”.

Hiburan Wed, 8 May 2019

Buka Baju Bukan Isu Besar, Hafidz Roshdi Masih Tahu Batas

Setiap gambar yang dimuat naik, saya akan tutup bahagian pusat.

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
error: Content is protected !!