Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 21, 2025 @ 3:25pm

Daun Pulai Ditemui Dalam Perut & Tiada DNA Asing Dalam D*bur Zayn Rayyan

Siasatan mengenai kes insiden menyayat hati melibatkan kanak-kanak autisme iaitu Zayn Rayyan masih dalam prosiding perbicaraansehingga ke hari ini.

Terbaru, Mahkamah Sesyen mendedahkan keterangan pegawai penyiasat kanan bahawa terdapat daun pulai ditemukan dalam rongga pernafasan (bronkus) dan perut kanak-kanak itu.

Memetik laproan Harian Metro, saksi pendakwaan ke-28, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail memaklumkan bahawa penemuan tersebut adalah hasil daripada bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Zayn Rayyan serta analisis oleh ahli kimia terhadap objek asing yang ditemui pada kedua-dua bahagian abdomen mangsa.

Katanya, laporan awal yang diterima daripada ahli kimia mengesahkan bahawa objek asing yang ditemukan dalam bronkus Zayn Rayyan merupakan sejenis tumbuhan dikenali sebagai daun pulai.

“Berdasarkan maklumat tersebut, saya telah menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian dan mendapati terdapat sebatang pokok pulai kira-kira 10 meter dari lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu,saksi pendakwaan ke-27, Dr Rohayu dalam keterangannya mengesahkan terdapat benda asing ditemui pada rongga pernafasan sebelah kanan dan dalam perut Zayn Rayyan.

Hasil bedah siasat itu juga menunjukkan, lelangit arwah turut lebam menunjukkan benda asing dimasuk atau ditolak secara paksa ke dalam mulut dan benda asing itu tidak membawa kepada kematian kerana Zayn Rayyan bukannya tercekik akibat kemasukan benda asing (choked to death).

Tiada DNA asing dalam dubur mangsa

Dalam pada itu, tiada asid deoksiribonukleik (DNA) asing yang ditemui dalam dubur Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

Mohd Hafizee Ismail selaku saksi ke 28 berkata, hasil analisa terhadap spesimen calitan dari dubur (Zayn Rayyan), tiada DNA asing yang dijumpai dan hanya DNA milik Zayn Rayyan sahaja.

“Pada jam 7.15 malam (9 Disember 2023), saya pergi ke Jabatan Kimia untuk mengambil sampel DNA yang dihantar pada 8 Disember 2023 yang mana sampel H3 iaitu spesimen tulang sternum milik si mati adalah berpadanan dengan DNA si mati.

“Manakala sampel H4 iaitu spesimen calitan dari dubur si mati hasilnya adalah tiada DNA asing yang dijumpai, hanya DNA milik si mati sahaja,” jelasnyaketika membacakan pernyataan saksi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 May 2022

Akibat Tunggang Basikal Lajak, Pemuda Lumpuh & Hilang Kaki Kiri Sejak 14 Tahun… Mahu Bangkit Ubah Nasib Diri!

Basikal lajak punca pemuda ini lumpuh dan hilang kaki kiri sejak 14 tahun.

Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Daiyan Trisha Bergambar Dengan Chan Young Yoon, Netizen Luah Rasa Cemburu

Bestnya jadi Daiyan ni kan dah ramai selebriti terkenal dapat jumpa! 😍

Trending Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Amir Hasan Luah Perasaan Dalam ‘Pelangi’

Evolusi Amir Hasan dalam lagu berjudul Pelangi

Hiburan Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Polis Rampas 6 Jenis Ubat Dari Kediaman Ridzokumura Untuk Siasatan Kematian Akiko

Menurut Ketua Polis Selangor, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan terus dijalankan.

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

“Bahasa Melayu Kami Tak Bagus Sangat, Tapi… ” – Buat Lagu 3 Versi Bahasa, MFMF. Intai Pasaran Antarabangsa

Trio komposer dan penerbit muzik berbakat, MFMF. yang mengukir populariti menerusi lagu Peluang Kedua mengakui penguasaan bahasa Melayu mereka semakin baik. Dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Zen, mereka banyak belajar dengan penyanyi Hael […]

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tak Sangka Pengacara TV3 Ini Kini Hangat Bercinta

Menerusi laman instagram milik Safawi Rasid, beliau mengakui kini dirinya itu sedang rapat dan personaliti TV3 ini

Featured Fri, 7 Apr 2023
error: Content is protected !!