Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 10, 2021 @ 5:58am

“Bahasa Melayu Kami Tak Bagus Sangat, Tapi… ” – Buat Lagu 3 Versi Bahasa, MFMF. Intai Pasaran Antarabangsa

Trio komposer dan penerbit muzik berbakat, MFMF. yang mengukir populariti menerusi lagu Peluang Kedua mengakui penguasaan bahasa Melayu mereka semakin baik.

Dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Zen, mereka banyak belajar dengan penyanyi Hael Husaini untuk berkomunikasi dengan lebih fasih dalam bahasa Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MFMF. | Pop Music Factory (@wearemfmf)

“Sebelum ini, penguasaan bahasa Melayu kami tak bagus sangat. Kami boleh bercakap dalam bahasa Melayu tetapi tidak begitu fasih. Dalam komunikasi seharian, kami banyak gunakan bahasa Inggeris.

“Tapi, ia mula berubah semenjak kami mengenali dan berkolaborasi dengan Hael. Sudah lebih dua tahun mengenali Hael, dia banyak mengajar dan cara kami berkomunikasi dalam bahasa Melayu kini semakin baik,” kata Brendan.

Kini muncul dengan single terbaru berjudul Rindu, MFMF. menerbitkan ia dalam tiga versi berbeza iaitu dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Korea.

“Asalnya, lagu ini adalah dalam bahasa Melayu. Kami menampilkan Alex Ungku dan Airliftz. Tapi, selepas mendengarnya banyak kali, terdetik dalam fikiran kami, bagus juga kalau lagu ini ada dalam versi bahasa lain.

“Kami dah lama simpan hasrat untuk menghasilkan lagu dalam bahasa Korea. Dalam pertengahan tahun ini, kami ada menulis lagu untuk artis K-Pop dan dari situ, kami berjumpa dan berkenalan dengan Jimmy Brown.

“Kami senang dengan Jimmy dan menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengannya. Syukur kerana dia menyambut baik cadangan kami dan akhirnya Rindu dalam versi bahasa Korea menjadi kenyataan,” kata Justin.

Turut menjadi penyanyi latar dalam single terbaharu mereka, MFMF. berharap Rindu dalam versi bahasa Korea memberi peluang untuk mereka mengintai pasaran antarabangsa.

“Kami mahu memperkenalkan muzik Malaysia di mata dunia dan mahu menjengah pasaran antarabangsa. Kami berharap Rindu dalam ketiga-tiga versi mendapat sambutan baik.

“Rindu versi Korea dikeluarkan terlebih dahulu iaitu pada 29 Oktober. Selepas itu, versi Mandarin pula dikeluarkan dua minggu kemudian. Ia disusuli dengan versi bahasa Melayu pada 26 November lalu,” kata Zen pula.

Dengarkan Rindu dalam ketiga-tiga versi di YouTube dan platform penstriman muzik digital sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Featured Sat, 26 Jul 2025

[VIDEO] Nabil Aqil, Daniel Fong Tepis Dakwaan Aktor Badan Berbau

Spontan sahaja Nabil Aqil tepis dakwaan badan berbau

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Video Didakwa Sambut Krismas Undang Boikot… Pekin Ibrahim Kunci Mulut, Mona Allen Pula Kongsi Mesej Dakwah

Pekin Ibrahim, Mona Allen terus kunci mulut susulan dakwaan sambut Krismas

Featured Tue, 28 Apr 2026

Kongsi Perihal Kasih Sayang, Kaka Azraff Titip Pesanan Arwah Ibu – “Tak Pernah Guilt-Tripped Dalam Nasihat Dia”

Kaka Azraff berkongsi pesanan penuh makna yang ditinggalkan arwah ibunya, Allahyarhamah Redida Aziz, mengenai erti kasih sayang sebenar.

Kisah Viral Sat, 10 Dec 2022

“Untunglah Ada Spy Tolong Jagakan…” – Gelagat Imran Aqil Jaga Dahlia Rizal Dari Jauh Buat Peminat Single Cemburu

Sudah pasti ramai yang mengetahui pelakon dan penyampai radio Imran Aqil dan tunangnya, Dahlia Rizal sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesra dan romantis mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang […]

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

DICOP PENJENAYAH! IFA RAZIAH BUAT LAPORAN POLIS

Kesal kerana selepas sahaja peristiwa itu, dia ingin menamatkan sahaja isu perbalahan ini dan menunggu Roslan datang kepadanya dan meminta maaf

Trending Mon, 6 Jul 2020
Contest Wed, 13 Nov 2019

#XtraGiveaway: Enter This Contest And Stand A Chance To Win 6 Free Tickets To Watch Al Mckay’s Christmas Eve Concert

Join the contest and stand a chance to win 6 pairs of free tickets to watch Al Mckay’s Earth, Wind and Fire Experience exclusively brought to you by Resorts World Genting.

error: Content is protected !!