Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2022 @ 5:56pm

Ada Mendakwa Remaja 14 Tahun Yang R*gol Penceramah Bebas? Firdaus Wong Tampil Bidas Dakwaan!

Baru-baru ini, seorang penceramah bebas popular bergelar Ustaz berumur 30-an direman selama lima hari atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, pelbagai spekulasi timbul dalam kalangan warganet mengenai isu ini sehinggakan ada diantara mereka yang beranggapan bahawa remaja berusia 14 tahun itu yang ‘merogol’ penceramah terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

Individu yang dikenali sebagai Ezzat yang juga merupakan pengerusi sekolah tahfiz dilihat memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya dengan menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet mengenai isu rogol ini.

 

Justeru itu, tampil membidas kenyataan terbabit, pendakwah popular, Firdaus Wong memaklumkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan individu itu amat mendukacitakan.

Firdaus berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

“Jikalau benar saudara adalah Pengerusi Tahfiz, maka status saudara ini teramat mendukacitakan.

“Saudara Ezzat juga merupakan seorang suami & In Sha Allah mungkin juga seorang ayah. Tergamak Ezzat berkata begini?

“Apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka! Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?” tulisnya.

Sementara itu, Firdaus juga turut mempersoalkan cara berfikir individu terbabit kerana, sebagai seorang muslim kita ada hukum, adab dan akhlak yang harus diambil kira.

“Cara berfikir Ezzat sangat sangat bermasalah apatahlagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya.

“Ini kita belum masuk sexual grooming dan predator seksual lagi. Jikalau tidak boleh bersimpati kepada mangsa, maka ikutlah hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu berkata baik ataupun diam,” jelasnya.

Terdahulu, tular laporan media mengenai kronologi mangsa dirogol penceramah terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

Selebriti Fri, 24 Apr 2020
Featured Wed, 12 Feb 2025

Buka Aib & Berci*m Didepan Khalayak, Netizen Dakwa Zarina Anjoulie Mabuk?

Tindakan Anju bertindak kurang sopan di media sosial mengejutkan ramai pihak.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Thu, 26 Mar 2026
Featured Thu, 25 Nov 2021

Polis Siasat Insiden Lelaki Nyaris Digilis Lori Kontena Ketika Isi Angin Tayar Motosikal

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner […]

#SkoolXTRA Tue, 14 Feb 2023
error: Content is protected !!