Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 19, 2022 @ 3:46pm

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

Seorang penceramah bebas direman polis selama lima hari bermula hari Isnin atas dakwaan terbabit kes rogol terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam selaku Timbalan Ketua Polis Selangor berkata suspek berumur 30-an itu ditahan di Ibu Pejabar Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4:50 petang.

“Kebenaran reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan sisasatan lanjut ke atas suspek dapat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada 11:15 malam, 16 Julai lalu oleh mangsa rogol.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu.

“Bermula daripada perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

“Setakat ini, empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan pengadu yang sama.” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Apr 2018
Trending Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Sun, 18 Feb 2018

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.

Trending Tue, 27 Apr 2021

Raya Tahun Ni, Tampil Classy & Bergaya Dengan Jam Tangan Solvil et Titus!

Sempena kehadiran Syawal 2021 ini, selain daripada penyediaan baju raya, anda juga perlu tampil bergaya dengan memakai aksesori seperti seutas jam tangan! Barulah raya tu rasa macam lengkap kan? Agak-agak, jam tangan apa yang menjadi […]

error: Content is protected !!